Tanah runtuh: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, mangsa korban kini 24 orang

Tanah runtuh: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, mangsa korban kini 24 orang

Seorang kanak-kanak perempuan menjadi korban bencana tanah runtuh di Father’s Organic Farm, menjadi jumlah mangsa terkorban 24 orang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak itu kepada pemberita ketika melawat lokasi bencana tadi.



Tubuh kanak-kanak itu ditemui sekitar 4 petang tadi, menjadikan jumlah kanak-kanak terkorban tujuh orang.

Terdahulu, penyelamat menemui mayat dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Sementara itu, Acryl Sani berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sengor, Baharudin Mat Taib akan mengepalai siasatan terhadap pengendali tapak perkhemahan.

Semalam, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mendedahkan tiga tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu didapati tidak berlesen.



Pengendali tapak perkhemahan itu berdepan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000, jika didapati bersalah. FMT

Tanah runtuh: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, mangsa korban kini 24 orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker