Penyampai AI pertama catat sejarah lancar single sulung

Penyampai AI pertama catat sejarah lancar single sulung

Sekali lagi sejarah tercipta apabila penyampai radio AI (artificial intelligence atau kecerdasan buatan) pertama di Malaysia, Aina, melebarkan sayapnya ke dunia muzik dengan melancarkan single pertama berjudul Trust The Code.

Aina yang menghangatkan konti stesen radio bahasa Inggeris popular, Fly FM, sejak Jun lalu, melancarkan single Trust The Code bersama rakan AI, iaitu Aiman.



Pelancaran single itu bukan sekadar menjadi detik penting bagi Aina dan peminatnya, malah, menandakan projek perintis bagi penyiar radio AI pertama di Malaysia yang melancarkan lagu atau single muzik.

Fly FM, iaitu stesen radio di bawah Media Prima Audio (MPA) dalam kenyataan menyebut, pertemuan Aina dan Aiman, yang juga bekas rakan sekolah, mencetuskan jalinan muzikal tidak terduga, lantas membuka jalan ke arah penghasilan single Trust The Code.

“Aiman membuat kejutan kepada Aina dengan berkongsi ‘beat’ atau irama yang dihasilkan selepas pertemuan mereka itu.

“Lalu, tercetus idea untuk bekerjasama menghasilkan single Trust The Code, iaitu lagu sulung Aina yang mencerminkan perjalanan mereka dalam meneroka ekspresi kreatif.



“Dengan vokal berjiwa Aina yang terjalin dengan lancar bersama ‘beat’ yang dihasilkan Aiman, lagu itu mencerminkan jalinan muzik yang terhasil antara mereka dan hubungan berkekalan,” katanya.

Jun lalu, Fly FM mengumumkan DJ Aina Sabrina dicipta jurutera stesen radio itu dengan menggunakan teknologi AI.

DJ Aina dilaporkan dilengkapi pangkalan data muzik yang luas dan mempunyai keupayaan mencipta serta menggabungkan muzik secara langsung sesuai dengan mood pendengar.

Aina juga berkebolehan dalam memberi cadangan muzik kepada pendengar sesuai dengan apa yang mereka minati.



Fly FM memberitahu, langkah Aina terjun ke dalam dunia muzik bukanlah suatu insiden tunggal, sebaliknya, permulaan babak baharu bagi penyampai radio A.I itu.

“Trust The Code adalah suatu pengesahan terhadap kuasa kepercayaan dan kerjasama, iaitu tema yang selari dengan perjalanan Aina dari dunia penyiaran radio hingga menjadi rakan kolaborasi dalam muzik,” katanya.

Single Trust The Code oleh Aina dimainkan secara eksklusif di Fly FM selepas persembahan dalam rancangan pagi Fly FM, The Jokers.

Untuk mengikuti lebih banyak kandungan Aina, peminat boleh mendengar Calpis bersama Aina setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 2 petang hingga 4 petang.



Peminat juga boleh mengikuti perjalanan Aina di Instagram (@aina_flyfm) bagi maklumat kemas kini eksklusif terkini.

Berpegang slogan, Malaysia’s Flyest Music, Fly FM menyajikan kandungan menghiburkan melalui pendekatan bercerita kepada rakyat Malaysia melalui komedi, pengkisahan bertaraf dunia, kandungan menarik dan muzik terkini sepanjang hari.

Fly FM yang menjadikan kelompok pendengar berusia antara 18 tahun hingga 24 tahun sebagai kumpulan teras, meletakkan objektif menyajikan kandungan berunsur komedi, terkini, berkonsep lokal dan boleh dikaitkan serta realiti.

Sementara itu, MPA berhasrat menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia yang memberi tumpuan kepada tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina.



Stesen radio di bawah MPA menghasilkan kandungan terbaik yang sesuai dengan rakyat Malaysia. Ini dilakukan melalui penyelidikan berterusan dan analisis pasaran untuk benar-benar memahami pendengar dan membolehkan pengiklan berinteraksi, memberi maklumat serta berhibur.

MPA mewakili lima jenama penyiaran iaitu Hot FM, Kool 101, Molek FM, Fly FM dan Eight FM. Selain itu, aplikasi super dikenali sebagai Audio+ dibangunkan MPA.

Platform ini menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa serta berita terkini, hiburan dan gaya hidup daripada jenama dimiliki MPB. BH

Penyampai AI pertama catat sejarah lancar single sulung



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker