Tomok dakwa pekerjanya kena pukau
Tomok dakwa pekerjanya kena pukau
Penyanyi Tomok yang kini bergelar usahawan francais minuman popular mendakwa pekerjanya dipukau seorang pelanggan ketika sedang berurusan di sebuah kiosk jualan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail dalam hantaran Instagram menunjukkan video bahawa pekerjanya didesak memberikan wang baki tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
“Semalam pekerja saya seolah-olah kena ‘scam’ di kedai kami di Chatime Setia City Mall. Individu itu datang dan membuat pesanan air.
“Selepas itu dia terus meminta duit baki sedangkan dia belum membuat pembayaran air tersebut,” jelasnya.
Insiden tersebut dibuktikan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pelanggan lelaki terhadap pekerjanya.
Malah, lebih mengejutkan apabila individu itu kembali semula ke kaunter sama untuk membuat penukaran wang.
“Kalau kalian boleh tengok dalam video, dia seolah-olah memaksa untuk mendapatkan duit baki dengan cepat.
“Jadi, pekerja saya memberikan duit baki yang diminta yang bernilai RM87 dan dia datang semula untuk menukar duit dari baki yang diambil sebentar tadi,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Anggota kumpulan New Boyz itu turut berkongsi rasa kesal kerana dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Dalam pada itu, Tomok sudah membuat laporan polis dan meninggalkan pesanan supaya orang lain lebih berhati-hati agar tidak melalui situasi yang sama sepertinya.
“Dia terus hilang selepas kejadian dan pekerja saya rasa seperti kena pukau. Saya baru mahu meniaga tetapi dia senang-senang datang dan ambil duit dalam jumlah yang banyak.
“Hati-hati semua. Kami sudah melakukan laporan polis. Semoga individu terbabit ditangkap. Perbuatan yang sangat kurang ajar.” ujar pelantun lagu Arjuna.
Terdahulu, Tomok berkongsi rasa teruja dapat memulakan perniagaan Chatime pada 20 Oktober lalu di Setia City Mall, Shah Alam. K Online
Tomok dakwa pekerjanya kena pukau
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.