3 rakyat Malaysia dipenjara seumur hidup di Bangladesh perlu dibantu, gesa NGO

3 rakyat Malaysia dipenjara seumur hidup di Bangladesh perlu dibantu, gesa NGO

Kementerian Luar diminta membantu tiga rakyat Malaysia yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Banglasdeh selepas didapati bersalah menyeludup masuk emas ke negara itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Hishamuddin Hashim turut memohon kerajaan merayu hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang disifatkan melampau dan terlalu berat sedangkan terdapat banduan lain hanya dipenjarakan selama tujuh hingga 12 tahun atas kesalahan yang sama.



Ketiga-tiga mereka, Mohd Azwan Salihin, Johari Harun dan Hee Wool Khong ditahan pada Oktober 2015.

“Pada September 2022 terdapat individu warganegara China membuat kesalahan yang sama tetapi hanya dihukum penjara selama tujuh tahun, manakala terdapat juga rakyat Bangladesh sendiri dituduh dengan kesalahan yang sama tetapi dihukum penjara selama 12 tahun.

“Timbul persoalan mengapa hukuman penjara seumur hidup dikenakan ke atas Mohd Azwan dan dua rakyat Malaysia yang lain. Pihak kami tidak mempertikaikan serta mempersoalkan sistem perundangan negara Bangladesh akan tetapi kami memohon hukuman ke atas mereka bertiga dapat diselidik atau disemak semula dan dirayu,” kata Hishamuddin.

Terdahulu, MHO didatangi ibu kepada Mohd Azwan – memohon bantuan agar hukuman ke atas anaknya disemak semula dan diringankan memandangkan ketika kejadian itu berlaku anaknya hanya berumur 21 tahun dan tidak mempunyai pengetahuan bahawa barang yang dibawanya adalah emas.



Siti Fatimah Hanafi, 69, memberitahu anaknya sudah tujuh tahun meringkuk dalam penjara di Bangladesh dan berasa sedih kerana beranggapan kehidupan mereka akan berakhir dengan kematian di sana.

Justeru, Hishamuddin menggesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar campur tangan sekaligus mendapatkan keadilan kepada rakyatnya.

“Kami merayu Wisma Putra agar dapat membantu individu-individu warganegara Malaysia yang terbabit supaya hukuman mereka dapat disemak dan diringankan,” katanya. FMT

3 rakyat Malaysia dipenjara seumur hidup di Bangladesh perlu dibantu, gesa NGO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO



Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker