Lelaki tidur atas motosikal di tepi jalan

Lelaki tersebut mengaku berada dalam keadaan mabuk ketika dia tertidur. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk,  tertidur di atas motosikal di tepi sebatang jalan yang sibuk, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Kota Tangerang, wilayah Banten, yang menyebabkan polis tiba untuk memeriksa keadaannya.

“Kami mendapat laporan penduduk setempat bahawa ada orang sedang tidur di atas motosikal di laluan jambatan.

“Kami bertindak dengan pantas dan melihat keadaan lelaki itu serta mengejutkannya daripada tidur untuk keselamatannya,” kata Ketua Polis Metro Tangerang, Komisioner Zain Dwi Nugroho.

Selepas dia dikejutkan, polis mendapati lelaki itu  tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

“Dia disahkan tidak melakukan sebarang aktiviti jenayah namun, tindakannya (tidur) itu membahayakan keselamatan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain.

“Keadaan jalan raya tersebut amat sibuk dengan kenderaan yang banyak pada waktu pagi dan berisiko mengakibatkan kemalangan,” ujar Zain.

Tambah Zain, penunggang motosikal tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk semasa dia tertidur. Dia membuat keputusan untuk berhenti tidur di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kita bangunkan dia dan dia mengakui mabuk semasa tertidur. Selepas dikejutkan, dia mengaku badannya sudah berasa segar dan normal seperti biasa,” kata Zain.

Lelaki tersebut kemudian meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah selepas meminta maaf atas perbuatannya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker