Korea Utara bedil 130 peluru artileri ke dalam zon penampan

SEOUL – Korea Utara membedil sejumlah peluru artileri ke dalam sebuah zon penampan maritim hari ini, kata tentera Korea Selatan, dalam siri bedilan terbaharu oleh Pyongyang.

Kira-kira 130 peluru artileri dibedil serentak pukul 2.59 petang (1.59 waktu Malaysia) dari dua lokasi berbeza iaitu di pantai timur dan pantai barat Korea Utara, kata Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Mereka berkata, siri bedilan itu adalah ‘pelanggaran jelas’ perjanjian 2018 antara Pyongyang dan Seoul. Persetujuan itu membawa kepada kewujudan zon penampan dalam usaha meredakan ketegangan.

Malah, sebutir peluru artileri itu melintasi Garisan Had Utara yang merupakan sempadan maritim antara kedua-dua negara.



Tentera Korea Selatan berkata, pihaknya telah mengeluarkan beberapa amaran berhubung bedilan itu tanpa memberi butiran lanjut.

“Tentera kami sedang mengukuhkan kesiapsiagaan untuk kecemasan sementara mengesan dan memantau perkembangan ini di bawah kerjasama rapat antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” tambah kenyataan sama.

Semasa sidang kemuncak di Pyongyang pada 2018, bekas Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un bersetuju mewujudkan zon penampan  di sempadan darat dan laut bagi mengurangkan ketegangan.

Bagaimanapun, selepas rundingan gagal dalam tahun 2019, Jong-un meningkatkan program senjata Korea Utara dengan pakar-pakar berkata, beliau mungkin menguji tindak balas Seoul dengan mencabuli perjanjian zon penampan kedua-dua negara. – AFP



Korea Utara bedil 130 peluru artileri ke dalam zon penampan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker