Datuk Nash nafi dirinya kritikal

Nash dihantar anaknya ke sebuah perubatan swasta di Shah Alam, semalam. – Foto Facebook Nash

KUALA LUMPUR: Penyanyi otai, Datuk Nash, 63, menafikan berada dalam keadaan kritikal akibat sakit pinggang.

Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, dakwaan yang disebarkan beberapa portal menyebabkannya menerima panggilan telefon ahli keluarga dan rakan yang bimbang keadaannya.

“Saya memang menghadapi sakit pinggang yang teramat sangat, tetapi tidaklah sampai kritikal.

“Hinggakan adik-beradik, saudara-mara dan sahabat baik menghubungi untuk mendapatkan kepastian, adakah betulkan saya sakit teruk dan sedang kritikal.

“Ada pula yang menangis teresak-esak mendengar suara saya,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam Facebook bagi menjelaskan keadaan kesihatannya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Pada Syurga Diwajahmu itu memaafkan mereka yang menyebarkan berita palsu itu.

“Apapun, saya maafkan mereka yang membuat laporan tidak betul dan muat naik semula gambar kemalangan jalan raya, dua tahun lalu.

“Tidak mengapalah perkara sudah berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya doakan yang baik-baik untuk semua,” tulisnya.

Terdahulu, vokalis kumpulan Lefthanded itu meminta doa peminat kerana menghadapi kesukaran untuk bergerak akibat tersalah urat.

Beliau tiba dari Sarawak dan terus bergegas menghadiri majlis perkahwinan anak kepada rakannya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

“Saya tiba pada majlis perkahwinan agak lewat dan pada sebelah malam pula, saya memenuhi satu lagi jemputan kahwin di Sungai Long, Kajang.

“Itu yang membuatkan saya tergesa-gesa untuk bersiap. Sampai di rumah, saya bergegas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib.

“Ketika membongkok membasuh lengan, tiba-tiba pinggang saya seperti disentak hingga tidak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan kejang, kaki tidak boleh gerak,” katanya.

Tambah Nash, dia terpaksa meminta bantuan anak untuk berjalan dan terpaksa solat dalam keadaan duduk.

Katanya, anak menghantarnya ke sebuah perubatan swasta di Shah Alam.

“Sampai di hospital, doktor terus memberikan suntikan bagi melegakan otot dan ubat tahan sakit.

“Allahuakbar, doakan saya cepat sembuh. Banyak lagi tugasan belum selesai,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker