Beri Tiga Hari Tempoh Bersihkan Timbunan Barang
Beri Tiga Hari Tempoh Bersihkan Timbunan Barang
GEORGE TOWN – Seorang penghuni lelaki yang menjadikan koridor luar rumahnya di Blok 24A, flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini sebagai tempat longgokan barang lusuh meminta tempoh selama tiga hari untuk membersihkan kediamannya.
Lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang tinggal bersendirian di rumah pangsa itu juga berjanji akan menjual kesemua pakaian lelaki dan wanita terpakai serta perabot lama yang disimpannya.
“Saya terpaksa letak di depan rumah kerana tiada lagi ruang yang ada. Rumah saya juga telah penuh dengan barang.
“Bukan saya tidak mahu mengeluarkan barang-barang itu, tetapi buat masa ini saya tidak dapat menjualnya kerana kedai barangan lusuh semua tutup.
“Saya janji dengan semua untuk kemas kemas dan kosongkan ruang depan ini dalam tempoh tiga hari ini sehingga Selasa,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, kediaman lelaki itu dikunjungi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diketuai Pengarah Pesuruhjaya Bangunan, Nik Ariff Long Dir bersama pasukan Penguat Kuasa, Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.
Hadir sama ialah Pegawai Bomba Kanan II daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abd Aziz.
Nik Ariff memberitahu, hasil tinjauan pihaknya mendapati memang laluan di hadapan kediaman penghuni itu sempit, manakala timbunan barangan lusuh hampir mencecah siling.
“Kita minta kerjasama penghuni terbabit supaya mengalihkan serta mengosongkan sendiri ruang berkenaan dalam kadar segera bimbang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk di situ termasuk sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
“Penghuni memberi kerjasama penuh dan berjanji akan bertindak secepat mungkin menurunkan kesemua barangan itu ke satu tempat sementara yang disediakan pihak pengurusan flat,” ujarnya.
Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai sikap seorang penghuni lelaki yang menjadikan kaki lima rumah sebagai tempat longgokan barang lusuh yang hampir mencecah siling koridor. -K! ONLINE
Beri Tiga Hari Tempoh Bersihkan Timbunan Barang
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments
Layari Laman Facebook MYKMU NET
‘Nak beli sehelai baju raya pun tak mampu’, Aidilfitri suram buat keluarga pengutip sampah
You must be logged in to post a comment.