Sivaraj gesa penyokong BN beri kemenangan kepada calon PH

Sivaraj gesa penyokong BN beri kemenangan kepada calon PH

Masih ramai pengundi di Parlimen Padang Serai, keliru berhubung keputusan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rabu ini.

Calon BN Parlimen Padang Serai, Datuk C Sivaraj, berkata ramai pengundi khususnya penyokong BN, masih hendak mengundinya pada pilihan raya itu, walaupun keputusan memberi laluan kepada calon PH, sudah diumumkan pada Jumaat lalu.

“Ramai yang menghubungi saya kerana keliru dengan pengumuman BN memberi laluan kepada PH, selain bertanyakan bagaimana proses itu boleh berlaku.

“Oleh itu, saya merayu mereka, undilah calon PH walaupun nama saya akan berada pada kertas undi tapi disebabkan persefahaman yang ada dengan mereka dan seperti diminta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Maka wajar pengundi yang sokong BN atau saya mengundi calon PH. Ia lebih baik dibiarkan pertembungan satu lawan satu (dengan calon Perikatan Nasional), baru kita ada peluang menang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa BN sedia memberi laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak untuk PRU15 Parlimen Padang Serai, 7 Disember ini.

Sivaraj berkata, beliau kini berusaha sedaya upaya turun ke setiap kawasan untuk membuat penjelasan kepada kelompok kecil yang masih keliru untuk mengundi BN atau PH.

“Bagaimanapun, sudah ramai yang memahami dan boleh menerima jajaran baharu politik yang diwujudkan di antara BN dan PH.

“Sekarang amat penting untuk memenangkan calon PH supaya segala perancangan dibuat melalui lima tekad atau manifesto saya dapat dilaksanakan melalui persefahaman yang kami capai,” katanya. BH

Sivaraj gesa penyokong BN beri kemenangan kepada calon PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker