Ashraf Muslim Cedera Kena Tendang Dengan Kuda Sendiri [VIDEO]

Ashraf Muslim Cedera Kena Tendang Dengan Kuda Sendiri [VIDEO]

PELAKON Ashraf Muslim terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menaiki ambulan selepas mengalami kecederaan akibat ditendang kuda pada Ahad lalu.

Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 41, berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri selepas ditendang dan disadung oleh kuda miliknya ketika menyertai sebuah program perlumbaan kuda di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

“Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua di sadung dengan kuda sendiri.

“No pain, no ride. Tunggu sebulan lagi, apabila sudah sembuh Insya Allah kita ride semula,” katanya.

Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang terbaring di dalam ambulan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam video tersebut, Ashraf memakai anduh pada bahagian bahu selain pergelangan tangan kanannya turut berbalut.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu disebabkan insiden itu dia tidak dapat menghabiskan perlumbaan 40 kilometer bersama kudanya namun berjanji akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Namun pelakon itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur atas rawatan segera yang diterima selepas kejadian berlaku.

“Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40 kilometer tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan.

Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikati Allah SWT. Amin.

View this post on Instagram

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit… terima kasih doktor dan jururawat,” katanya lagi. mSTAR

Ashraf Muslim Cedera Kena Tendang Dengan Kuda Sendiri [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker