[VIDEO] Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat Tiga Suria KLCC

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

VIDEO DI BAWAH:-

“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi

“Setakat ini, saya mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang telah terjun dari tingkat tiga KLCC.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar laman sosial Twitter yang menunjukkan keadaan mangsa terjatuh jatuh dari tingkat tiga itu.

Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian.

Beberapa pengawal keselamatan di lokasi kejadian dilihat menutup mayat mangsa menggunakan kain.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker