Malaysia tak mampu tarik diri daripada CPTPP

Malaysia tak mampu tarik diri daripada CPTPP

Malaysia tidak mampu untuk menarik diri daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), memandangkan perjanjian itu penting untuk perdagangan negara pada masa depan.

Menurut Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), tidak seperti perjanjian perdagangan lain, CPTPP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan.



“MCMTC bersama dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menentang gesaan daripada pihak tertentu yang menggesa kerajaan menarik diri daripada CPTPP yang telah lama ditunggu, berkuat kuasa mulai 29 Nov 2022,” kata presidennya Callum Chen dalam kenyataan.

Katanya, kelewatan meratifikasi perjanjian tersebut menyebabkan Malaysia kehilangan kelebihan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), apabila Vietnam, yang menandatanganinya lebih awal, pada Januari 2019, telah menjadi batu loncatan kepada Kanada ke pasaran Asean.

“Banyak telah diperkatakan mengenai kos berbanding faedah CPTPP. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dari segi jumlah penduduk dan keluasan tanah tetapi dari segi perdagangan, kita berada di kedudukan ke-25 di dunia.

“Kita telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” katanya. FMT



Malaysia tak mampu tarik diri daripada CPTPP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker