Abang Jo cadang tabung amanah negeri kawal selia projek persekutuan Sarawak

Abang Jo cadang tabung amanah negeri kawal selia projek persekutuan Sarawak

Premier Sarawak Abang Johari Openg mencadangkan supaya satu tabung amanah negeri ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan’khusus bagi mengawal selia dana serta projek kerajaan persekutuan yang diluluskan untuk Sarawak.

Beliau berkata pendekatan baharu itu telah dibincangkan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga memegang portfolio menteri kewangan dalam satu perjumpaan semalam.

“Saya berbincang dengan perdana menteri supaya satu pendekatan baharu diwujudkan dalam pentadbiran (melibatkan) pusat dan negeri. Beliau telah bersetuju pada prinsipnya supaya pembangunan di Sarawak yang mempunyai dana daripada persekutuan akan dilihat semula,” katanya dalam sidang media selepas perasmian dewan Persatuan Badminton Sarawak dan Kejohanan Piala Abang Jo 2022 hari ini.

Katanya sebagai contoh, peruntukan dana pembangunan RM4.6 bilion bagi Sarawak dalam Belanjawan 2022 akan diletakkan di bawah tabung amanah berkenaan.

Abang Johari berkata rangka kerja bagi penubuhan tabung itu akan ditentukan oleh jawatankuasa di antara Kementerian Kewangan dan perdana menteri.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pelantikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang turut memegang portfolio menteri perladangan dan komoditi adalah keputusan yang tepat, memandangkan Sarawak dijangka menjadi pengeluar minyak sawit terbesar negara dalam tempoh dua tahun ini.

“Selain itu, komoditi baharu (di Sarawak) kini adalah karbon dan hidrogen, maknanya kerajaan persekutuan boleh membantu kita (mengenai) perniagaan karbon di peringkat antarabangsa,” katanya.

Katanya Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi yang mengambil alih portfolio Fadillah sebelum ini iaitu Kementerian Kerja Raya, dapat memastikan program infrastruktur luar bandar di Sarawak terus ditingkatkan.

Selain Fadillah dan Nanta, tiga lagi wakil GPS yang dilantik dalam Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan termasuk Tiong King Sing sebagai menteri pelancongan, Nancy Shukri (menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) dan Aaron Ago Dagang (menteri perpaduan negara).

Mengenai sektor sukan di negeri itu, Abang Johari berkata selain memberi fokus untuk meningkatkan bakat pemain badminton beliau juga mahu isu berkaitan sukan bola sepak dan sepak takraw Sarawak diteliti secara menyeluruh. FMT

Abang Jo cadang tabung amanah negeri kawal selia projek persekutuan Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker