Pemain JDT, Safawi Rasid Bakal Berkelana Ke Liga Thailand

Pemain JDT, Safawi Rasid Bakal Berkelana Ke Liga Thailand

PEMAIN sensasi, Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad.



“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan,” kata Tanawat.

Safawi akan mengisi kuota pemain ASEAN di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.

“Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” katanya.

Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.



Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.

Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021.–SH

Pemain JDT, Safawi Rasid Bakal Berkelana Ke Liga Thailand

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar



Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker