Sain kontrak kahwin ikrar ‘shopping’ setiap 15 hari

Sain kontrak kahwin ikrar ‘shopping’ setiap 15 hari

New Delhi: Sepasang suami isteri menandatangani perjanjian pranuptial aneh pada majlis perkahwinan mereka yang menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Shanti dan Mintu menandatangani kontrak dalam ikrar romantik untuk berpegang kepada peraturan untuk makan hanya satu piza sebulan dan pergi ke gimnasium setiap hari.

Portal Mirror melaporkan, antara keperluan lain dalam kontrak itu termasuk perlu mengambil gambar cantik dan membeli-belah selepas setiap 15 hari.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan di Assam, India, pada 9 Julai, dengan rakaman menunjukkan pasangan itu meletakkan nama mereka pada kontrak berkenaan.

Dalam video itu, kelihatan kadbod besar dengan perkataan kontrak tertulis di bahagian atas.

Istilah lain menyatakan mereka sentiasa berkata ‘ya’ kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana.

Mereka juga berjanji memakai sari setiap hari.

Seorang lelaki berdiri di belakang pasangan itu dilihat bertepuk tangan ketika pasangan itu mencatatkan tandatangan mereka di hadapan saksi, yang turut meletakkan nama mereka.

Dikatakan, pengantin perempuan membuat kontrak itu, tetapi pasangan berkenaan tersenyum kerana mereka saling bersetuju dengannya.

Kontrak gergasi itu dihiasi dengan tema perkahwinan mereka dengan bunga biru.

Perjanjian pranuptial tidak sah di India di mana undang-undang tidak menganggap perkahwinan sebagai kontrak, tetapi sesetengah keluarga masih mengamalkannya.

Ia bertujuan memberikan penjelasan kepada isteri mengenai apa yang akan diterimanya sekiranya berlaku perceraian.

Tetapi dalam kes Shanti dan Mintu, kontrak itu kelihatan seperti perjanjian antara pasangan itu mengenai diet, gaya hidup dan pakaian. HM

Sain kontrak kahwin ikrar ‘shopping’ setiap 15 hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker