Nik Abduh beri peringatan buat PN
Nik Abduh beri peringatan buat PN
Ketika partinya terus agresif menyerang kerajaan baru Malaysia, seorang pemimpin PAS sebaliknya kelihatan lunak dan sempat memberi peringatan mengenai amalan jelik.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduk Nik Abdul Aziz, berkata dalam Islam amalan mengkritik – sama ada secara lembut atau keras – memang dibenarkan tetapi ia mestilah terikat kepada fakta dan akhlak.
Katanya pada masa sama Islam juga melarang umatnya melemparkan tohmahan, tuduhan, mahupun persepsi buruk yang sengaja diada-adakankan.
Menurut bekas ahli parlimen Bachok tersebut, tindakan menohmah dan menuduh pihak lawan memang mudah menarik sokongan dan undi tetapi bukanlah kemenangan sebenar.
“Hakikatnya ia petunjuk awal daripada Allah bahawa si penuduh itulah yang nantinya akan menelan ludahnya sendiri.
“Siapa yang menggali lubang, dia sendiri akan jatuh di lubang itu,” katanya.
Kenyataan Nik Abduh itu tidak menyebut sebarang nama, namun muncul ketika PN – khususnya PAS – tekal mengkritik pentadbiran negara yang kini dipimpin Anwar Ibrahim, khususnya selepas gabungan terbabit gagal membentuk kerajaan pusat.
Wajib bersatu jaga negara
PN juga giat mengkritik Umno-BN selepas gabungan berkenaan memberikan dukungan kepada PH yang memerlukan sokongan ahli parlimen bagi membentuk majoriti di Dewan Rakyat.
Ada tokoh dari PAS misalnya pernah mengaitkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dengan neraka, manakala Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor malam tadi menganggap kerajaan sekarang sebagai “luar tabii”.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, hari ini menganggap pembentukan kabinet baru adalah sesuatu yang “paling mengecewakan dalam sejarah.”
Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula pernah mendakwa PH dipimpin oleh tokoh yang tidak beriman serta tidak bermoral. Dia juga mendakwa kerajaan sekarang tidak didominasi oleh orang Islam.
Pembangkang juga mengaitkan pemimpin PH pelbagai label seperti dengan Zionis dan LGBT.
Kata Nik Abduh, dalam politik di negara ini memang biasa melihat pemainnya melemparkan pelbagai tuduhan kepada musuh.
“Ia tanda tidak sihat. Parti mana yang berjaya menjauhinya, ia akan lebih kekal dan berjaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Nik Abduh turut mengingatkan bahawa menjadi kewajipan semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia menjaga kerharmonian negara.
“Kewajiban umat adalah bersatu menjaga keharmonian negara.
“Tiada erti keharmonian jika agama Islam tidak dijaga dan dipertahankan. Ia retak menanti belah,” katanya. Mk
Nik Abduh beri peringatan buat PN
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’