Beribu-ribu berarak di Belgrade menentang rancangan perarakan Gay Pride

Beribu-ribu berarak di Belgrade menentang rancangan perarakan Gay Pride

BELGRADE: Beribu-ribu aktivis agama dan sayap kanan berarak melalui ibu negara Serbia semalam bagi menggesa pihak berkuasa mengharamkan perarakan Gay Pride yang dirancang hujung minggu depan.

Penunjuk perasaan membawa bendera Serbia termasuk kumpulan yang turut melaungkan slogan menyokong sekutu jangka panjang Serbia, Russia serta tujuan nasionalistik dan sayap kanan.



Sekumpulan penunggang motosikal yang menyokong dasar Presiden Russia, Vladimir Putin dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, menghidupkan enjin mereka sebagai menyokong orang ramai yang berarak ke Katedral St Sava di Belgrade untuk berdoa.

Dalam ucapannya, Ketua Gereja Ortodoks Serbia, Patriarch Porfirije, berkata acara EuroPride mengancam nilai keluarga tradisional.

“Mereka mahu mencemarkan kesucian perkahwinan dan keluarga serta mengenakan penyatuan yang tidak wajar sebagai pengganti perkahwinan,” katanya kepada orang ramai.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic, berkata terdapat ancaman terhadap perarakan itu dan terpulang kepada polis sama ada ia perlu dihentikan.



Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan kumpulan hak asasi berulang kali berkata mereka akan berarak walaupun pihak berkuasa membatalkannya.

Seks gay adalah sah di Serbia, tetapi perkahwinan sejenis tidak dibenarkan dan aktivis mengatakan golongan LGBT menghadapi permusuhan dan diskriminasi.

Sebelum ini, kerajaan Serbia telah melarang perarakan Pride dan beberapa acara pada awal 2000-an telah dicemari oleh keganasan.

Orang ramai mengibarkan bendera Russia, tanda sokongan kepada Moscow di mana kerajaan cuba mengimbangi cita-citanya menyertai Kesatuan Eropah (EU) dengan hubungan lamanya dengan Russia dan China.



Brussels berkata, Serbia perlu membuat beberapa reformasi untuk menjadi ahli EU termasuk menambah baik kedaulatan undang-undang dan rekod hak asasi manusia dan minoritinya. BH

Beribu-ribu berarak di Belgrade menentang rancangan perarakan Gay Pride


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami



Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker