Kabinet Anwar punyai banyak kekuatan dan kelebihan
SHAH ALAM – Barisan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, miliki lebih kelebihan sekiranya dibandingkan dengan barisan kabinet kerajaan sebelum ini.
Menurut pemerhati politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, kelebihan kabinet Anwar ini dilihat dari pelbagai sudut terutama bersifat inklusif.
Tambahnya, kedudukan Anwar sebagai Menteri Kewangan juga bakal memberi impak positif kepada negara sekali gus menjadikan kabinet Perdana Menteri ke-10 ini, sebagai satu yang cukup ideal.
“Bagi saya kabinet baharu ini lebih banyak kelebihan berbanding kelemahan, kelebihan yang kita lihat dalam sejarah ia merupakan kerjasama pertama kali antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dan ini menjadi satu landskap penting dalam konteks pembinaan negara.
“Ia juga bersifat penyertaan menyeluruh daripada pelbagai wilayah tanpa mengira etnik, agama dan Anwar sebagai Menteri Kewangan juga memberi impak penting bagi mendapat keyakinan bukan sahaja rakyat Malaysia yakin, tetapi akan menambah keyakinan kepada negara luar khususnya negara asing bagi menarik pelabur asing untuk datang melabur di negara ini,” katanya kepada Sinar Premium.
Tambahnya, pelantikan Anwar membolehkan, kementerian itu dipantau sendiri oleh Perdana Menteri dalam memastikan tidak berlaku ‘kebocoran’ di dalam kantung wang negara.
“Beliau (Anwar) akan pantau sendiri, bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan wujudnya unsur-unsur korupsi yang selalu dikaitkan dengan Kementerian Kewangan.
“Kena ingat kementerian ini merupakan lombong emas, jadi Anwar boleh memantau hala tuju kementerian ini dan pastikan ia tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, pada masa sama berdasarkan pengalaman beliau pernah memegang jawatan ini dan pernah menerima pengiktirafan Menteri Kewangan Terbaik Asia, jadi ia merupakan sesuatu yang juga positif dan berimpak tinggi,” katanya.
Dalam pada itu barisan muda yang ditampilkan dalam kabinet kali ini juga dilihat sebagai satu yang cukup baik.
“Terdapat muka baharu dan wajah muda dalam kabinet kali ini antaranya, Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Digital), Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan), Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan beberapa lagi daripada PH.
“Ini memberi harapan bahawa Malaysia berada dalam landasan yang betul apabila mengetengahkan pemimpin-pemimpin muda dan muka-muka baharu dalam kabinet kita, dan ini signal jelas bahawa mereka ini merupakan pelapis pemimpin pada masa akan datang, jadi jika tidak diberi peluang kepada muka baharu ini negara tidak akan berubah daripada landskap politik, ini menandakan bahawa kerajaan baharu ini akan bawa lebih banyak pembaharuan dalam konteks pimpinan sebuah negara bangsa,” tegasnya.
Dalam pada itu menjawab kritikan mengenai pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri , Awang menyifatkan pelantikan Zahid itu perlu dilakukan demi kestabilan politik negara.
“Saya kira kritikan pelantikan Zahid sebagai TPM penyelamat nyawa politik Anwar sebagai tidak tepat sebaliknya demi kestabilan kerajaan perpaduan agar ia dapat berlangsung sehingga akhir penggal, jika kita lihat di era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri, apabila presiden UMNO dan BN tidak dilibatkan dalam penyertaan kabinet ini menjadikan kerajaan tidak stabil, malah pelantikan ahli kabinet tanpa hierarki dalam parti menyebabkan berlakunya kekacauan.
“Kita berada dalam negara hukum, ingat dia tak didapati bersalah hingga didapati bersalah oleh mahkamah, ini saya kira diambil perhatian oleh Anwar dan kita faham ada proses yang masih ada, apa pun lantikan Zahid mampu memberi impak bukan sahaja mewujudkan kestabilan malah mengiktiraf perjuangan Zahid yang sanggup lakukan apa sahaja demi UMNO meskipun pernah diminta untuk dibubarkan parti itu satu ketika dulu,” katanya.
Menyentuh mengenai kelemahan kabinet Anwar, beliau berkata lantikan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menimbulkan tanda tanya khalayak.
“Lantikan beliau ini perlu diberi pencerahan, orang tertanya-tanya kepada beliau dilantik maka kerajaan perlu menjustifikasi lantikanya dan rasionalisasi disebalik itu,” katanya.
TRANSFORMASI
Penganalisis Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi pula berkata, transformasi saiz kabinet Anwar cukup memberi impak dari sudut mengurangkan perbelanjaan negara.
“Ia selari dengan tekad Anwar yang mahu mengurangkan saiz kabinetnya. Jika diimbas kembali saiz kabinet pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan sebagai pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.
“Maka pengecilan saiz kabinet ini adalah keprihatinan Anwar bagi memastikan pembelanjaan kabinet dapat dijimatkan untuk pengurusan pembelanjaan negara yang lain,” katanya.
Menyentuh mengenai pelantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan beliau berkata, ia perlu diuruskan dengan penuh intergriti supaya kes-kes yang berkaitan salah guna kuasa, rasuah, ketidakteluasan tidak berulang seperti pada zaman pentadbiran Najib Razak.
“Memang tidak dinafikan sebelum daripada ini Tun Abdul Razak (1969-1970), Tun Hussein Onn (1974-1976), Tun Dr Mahathir Mohamad (1998-1999, 2001-2003), Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008), dan Najib Razak (2009-2018) pernah menjadi Menteri Kewangan.
“Namun begitu, hanya pentadbiran Najib Razak mempunyai masalah integriti dalam pengurusan kewangan sehingga disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Portfolio Menteri Kewangan adalah sangat penting dan sangat berkait dengan Perdana Menteri dalam membuat sesuatu keputusan dengan cepat dan mudah.
“Namun diingat, Anwar perlu berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara agar kes-kes sebelum ini dalam pentadbiran negara dapat diuruskan dengan sebaiknya. Cuma yang menjadi perhatian rakyat adalah langkah Pakatan Harapan dalam mengkritik Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum PRU-15 dipersoalkan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!
You must be logged in to post a comment.