Pelanduk Dua Serupa Rupanya, Peminat Berebut Selfie Dengan ‘Neymar’ [VIDEO]

Pelanduk Dua Serupa Rupanya, Peminat Berebut Selfie Dengan ‘Neymar’ [VIDEO]

GARA-GARA berwajah mirip Neymar, seorang pemuda menjadi sasaran peminat bola sepak yang berebut-rebut mahu bergambar kerana menyangka dirinya adalah bintang Brazil itu.

Sekeping gambar yang tular memaparkan pemuda tersebut dikerumuni orang ramai ketika sedang bersiar-siar di sekitar Doha, menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan antara Brazil dengan Switzerland pada Isnin.

Pemuda itu dilihat memakai topi merah, bercermin mata, memiliki jambang serta bertatu seperti Neymar.

Dia sekali lagi dikerumuni ketika muncul di stadium ketika perlawanan antara Brazil dengan Switzerland.

Penyokong bola sepak menyangka mereka menonton perlawanan itu bersama Neymar, apatah lagi bintang bola sepak itu direhatkan seketika selepas mengalami kecederaan sewaktu aksi Brazil menentang Serbia pada Jumaat.

Namun sebenarnya mereka tertipu dengan persamaan yang dimiliki antara pemuda berkenaan dengan Neymar. – Dailystar

Pelanduk Dua Serupa Rupanya, Peminat Berebut Selfie Dengan ‘Neymar’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker