Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia hadapi cabaran Korea Utara
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia hadapi cabaran Korea Utara

Kuala Lumpur: Pasukan bola sepak wanita negara berdepan tugas sukar untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 apabila diundi dalam Kumpulan H bersama bekas juara tiga kali, Korea Utara.
Pasukan Korea Utara juga adalah pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Tajikistan akan menjadi tuan rumah bagi aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 23 Jun hingga 5 Julai ini.
Mengikut format pusingan kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia Wanita adalah pada tahun 1995 ketika menjadi tuan rumah dengan pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan itu ialah meraih tempat ketiga pada tahun 1983 yang berlangsung di Thailand.
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia hadapi cabaran Korea Utara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.