Afidavit Zahid didakwa jejaskan hubungan dengan Anwar

Afidavit “mengejutkan” Zahid Hamidi mungkin menimbulkan ketegangan antara timbalan perdana menteri itu dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.

Terdahulu, media melaporkan Zahid dalam afidavitnya mendakwa melihat salinan perintah tambahan dikeluarkan Agong terdahulu, membenarkan Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjaranya dengan tahanan di rumah.

Afidavit itu difailkan bagi menyokong permohonan Najib untuk memaksa kerajaan mendedahkan perintah tambahan didakwa daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Penganalis politik, Asrul Hadi Abdullah Sani, berkata afidavit Zahid boleh memaksa Umno menuntut Anwar membuat kenyataan umum dan mendesak Najib menghabiskan hukumannya di rumah.

“Akar umbi parti itu mungkin tidak menerima apa-apa selain daripada itu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Umno mungkin tidak mahu bekerjasama dengan PKR selepas penggal Parlimen ini tamat, jika permintaan mereka ditolak.

Menurutnya, pakatan itu hampir mencapai penghujungnya.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata pendedahan Zahid akan memberi tekanan kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Penjara Nordin Muhamad.

Afidavit Zahid, katanya, seperti membuktikan dakwaan kewujudan perintah tambahan itu.

“Menteri dalam negeri perlu menjawab persoalan ini kerana ia telah menjejaskan kerajaan. Pendedahan Zahid memberi tekanan kepadanya dan Anwar untuk berterus-terang kerana perkara ini tersebar buat seketika. Sesuatu perlu dilakukan segera.

“Ia akan menjejaskan kerjasama Umno dan Pakatan Harapan, yang menjadi kerajaan sekarang. Jika kerajaan berdiam diri, akan berlaku pergolakan. Ini juga akan menguji hubungan gabungan perpaduan menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.”

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 Jun untuk mendengar permohonan Najib bagi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman.

Walaupun mengesahkan kewujudannya, Zahid dalam afidavitnya berkata, dokumen itu tiada dalam tangannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker