Muhyiddin hentikanlah fitnah kerajaan, diri sendiri pun ada isu – Fahmi

Muhyiddin hentikanlah fitnah kerajaan, diri sendiri pun ada isu – Fahmi

Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dilantik sebagai Perdana Menteri bagi Kerajaan Perpaduan, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya melantik sesiapa yang diingininya dalam Kabinet.

Perkara itu tidak boleh berlaku sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang boleh melantik sesiapa yang beliau inginkan.

Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil ketika membalas kenyataan Presiden Bersatu itu menyatakan, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar adalah kerajaan yang dibentuk secara bersama.

“Di mana, dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri malam tadi.

“Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018 yang mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti.

“Ketika itu, kita dapat saksikan kelompok kartel dalam parti dipersenjatakan lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Muhyiddin yang mendakwa Anwar menggadai prinsip tatakelola baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dilaporkan berkata, barisan Kabinet kali ini paling mengecewakan dalam sejarah negara.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, kenyataan Muhyiddin itu bersifat fitnah dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Kata beliau, kerajaan itu dilantik dan dibentuk di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan Perpaduan ini berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini dan menginsafi apa yang pernah terjadi, maka Perdana Menteri, ketua parti dan gabungan dalam kerajaan ini telah bersetuju senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.

“Sekiranya Muhyiddin tidak berpuas hati, janganlah marah atau melemparkan tohmahan kepada Perdana Menteri kerana bukan Perdana Menteri yang menamakan calon dari parti atau gabungan lain.

“Penting saya tegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes. Maka hentikanlah serangan polemik yang mengeruhkan dan cuba mengelirukan rakyat,” katanya.

Secara sinis beliau mengingatkan Muhyiddin yang mempunyai banyak isu mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak termasuk isu 1BestariNet dan dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik Covid-19. MG

Muhyiddin hentikanlah fitnah kerajaan, diri sendiri pun ada isu – Fahmi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker