Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]

NEW DELHI – Dua lelaki ditahan di Mumbai selepas cuba menculik seorang pempengaruh dari Korea Selatan semasa sedang melakukan siaran langsung di tengah-tengah bandar raya tersebut.

Semasa kejadian, Hyojeong Park juga dikenali sebagai Mhyochi dalam media sosial sedang bersiaran langsung ketika bersiar-siar sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba memeluk dan mencium pipinya.

Mhyochi yang mempunyai 12,000 pengikut dalam platform siaran langsung Twitch, kebiasannya memaparkan aktiviti bermain permainan video dan mencuba makanan.

Difahamkan dia berada di India selama beberapa minggu untuk merakamkan pengalamannya menerusi video blog secara langsung.

Namun, ketika Mhyochi sedang bersiar-siar pada malam Selasa di kejiranan Khar, Mumbai sambil berinteraksi dengan pengikutnya, dia didekati seorang lelaki yang cuba memegang tangan dan menariknya menaiki motosikal dengan lelaki lain sebelum cuba membuat aksi tidak sopan.

Ketika itu, Mhyochi kelihatan ketakutan dan cuba melarikan diri dari dua lelaki tersebut sebelum lelaki lain datang untuk membantunya.

Video itu juga menunjukkan pempengaruh tiba di hotel di mana dia mengakhiri rakaman siaran langsung menyatakan keadaan sudah terkawal.

Tidak lama selepas kejadian, polis India berjaya menahan lelaki tersebut dan didakwa mencabul. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker