Ketua Kumpulan militan Daesh meninggal dunia

 

WASHINGTON – Kumpulan Daesh mengaku bahawa ketuanya, Abu al-Hasan al-Hashmi al-Qurayshi sudah meninggal dunia dan tempatnya akan digantikan oleh Abu al-Husain al-Husaini al-Quraishi, lapor portal berita CNN kelmarin.

Gabungan media kumpulan itu, al-Furqan menerbitkan mesej audio daripada jurucakap Daesh yang mengumumkan kematian al-Qurayshi yang sebelum ini dilantik bagi menggantikan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi
untuk menerajui Daesh pada Mac lalu.

Abu Ibrahim meninggal dunia dalam satu operasi ketenteraan di barat laut Syria.

“Saya mengumumkan dan berkabung untuk negara Islam dan pejuang-pejuang negara Islam yang maha kuasa, (ketiadaan) Amir dan Khalifah Muslim, Abu al-Hasan al-Hashmi al-Qurayshi. Dia terbunuh ketika berjuang melawan musuh Tuhan,” kata jurucakap Daesh, Abu Omar al-Muhajer dalam mesej yang dikeluarkan kelmarin.

Bagaimanapun, Daesh tidak menjelaskan siapa yang membunuh ketua kumpulan itu atau lokasi di mana dia  meninggal dunia.

Hanya maklumat yang sedikit diperoleh mengenai ketua baru Daesh itu tetapi kumpulan berkenaan menyifatkan pengganti Qurayshi tersebut sebagai seorang pejuang veteran tanpa memberikan sebarang butiran dengan lebih lanjut.

Qurayshi yang meninggal dunia itu dilantik oleh Daesh pada Mac 2022 selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan kematian Abu Ibrahim dalam operasi ketenteraan di barat laut Syria.

Walaupun butiran kematian al-Qurayshi masih belum jelas, penyelaras Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby menyatakan pihaknya mengalu-alukan berita kematian tersebut. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker