Maut ketika tukar tayar pancit
Maut ketika tukar tayar pancit
Jasin: Seorang kontraktor maut manakala anak bongsunya parah selepas dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta mereka di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Khaidzir Zainuddin, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, anak mangsa, Muhammad Ashraf, 22, yang patah tulang rusuk dibawa ke Hospital Tangkak, Johor untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, dua beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor atas urusan kerja sebelum tayar Mercedes dinaiki pancit ketika tiba di lokasi.
Katanya, ketika dua beranak itu sedang berkemas selepas selesai menukar tayar, sebuah lori tunda yang berhenti di belakang kereta mereka dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah sama.
“Perlanggaran itu, menyebabkan lori tunda terbabit melanggar kedua-dua mangsa yang berada di bonet kereta menyebabkan mereka tercampak ke tepi lebuh raya, ” katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurut Mispani, pemandu lori tunda terbabit turut cedera apabila dikatakan termasuk ke bawah lori berkenaan dan dibawa ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Jasin apabila ahli keluarga dan rakan arwah tidak dapat menahan sebak ketika menunggu bedah siasat.
Kelihatan ahli keluarga mangsa saling berpelukan dan menangis, namun tidak bersedia untuk ditemubual.
Dalam pada itu, nahas berkenaan adalah yang kedua berlaku di kilometer sama, namun membabitkan arah berbeza yang mana kira-kira lima jam sebelum itu berlaku nahas bas ekspres dengan treler menyebabkan 16 penumpang cedera ringan. HM
Maut ketika tukar tayar pancit
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani
You must be logged in to post a comment.