Muhasabah, tak perlu letak jawatan

Muhasabah, tak perlu letak jawatan

Kepimpinan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk pengerusi Ahmad Zahid Hamidi lebih elok bermuhasabah dan tidak perlu meletak jawatan susulan kekalahan pada PRU15, kata Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung Umno berkata, semua pihak lebih elok bermuhasabah terhadap perkara duka itu dan bersama BN mencari penyelesaian atas segala kekurangan selain merapatkan kembali saf parti.

Katanya, walaupun BN hanya menang sedikit kerusi pada PRU15, parti itu menjadi penentu kewujudan kerajaan perpaduan.

“Kalau nak suruh letak jawatan, ramai betul kena letak jawatan…ada 7,000 lebih pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Malaysia, ketua PDM, pengerusi perhubungan, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puteri yang tak dapat tarik pengundi muda dan baharu, terlalu ramai.

“Jadi, jangan ada sesiapa yang letak jawatan, kita muhasabah atas apa sudah berlaku. Kita bersyukur walaupun menang sedikit pada PRU15, namun kemenangan itu sangat penting. Kita rapatkanlah kembali parti kita,” katanya menurut Bernama.

Sebelum ini, beberapa pimpinan Umno dan BN menggesa Zahid berundur susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRU15.

Mereka berkata, Zahid perlu “berjiwa besar” seperti Najib Razak yang berundur selepas kekalahan BN pada PRU14. FMT

Muhasabah, tak perlu letak jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker