Keabsahan Anwar perlu muktamad di Dewan Rakyat – Amirudin

Keabsahan Anwar perlu muktamad di Dewan Rakyat – Amirudin

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata keabsahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri perlu dimuktamadkan di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, undi percaya terhadap perdana menteri perlu kerana tidak mahu kerajaan hari ini terus dipertikaikan.



“Saya rasa perlu, dan itu adalah kebijaksanaan Anwar kerana kita tak nak lagi dipertikai supaya keabsahan pentadbiran dapat diuruskan.

“Kita tak nak menjadi sebagaimana yang berlaku pada pentadbiran sebelum ini. Keabsahan pentadbiran menjadi terlalu panjang sehingga orang pertikaikan, ikut nombor dan sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup kejohanan MASISWA Networking Games 2022.

Khamis lalu, Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 selepas mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) dan blok parti dari Borneo untuk membentuk kerajaan perpaduan sekali gus menamatkan krisis politik selepas tiada parti mendapat majoriti mudah pada PRU15.

Dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri, Anwar berkata beliau akan “menguji” majoriti yang dimilikinya dengan mencadangkan usul percaya di Dewan Rakyat.



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebelum ini mempertikaikan sokongan dimiliki Anwar dan mendakwa PN mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. FMT

Keabsahan Anwar perlu muktamad di Dewan Rakyat – Amirudin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker