Kelab Arab Saudi Al-Nassr Tawar CR7 Kontrak RM1 Bilion

Kelab Arab Saudi Al-Nassr Tawar CR7 Kontrak RM1 Bilion

Bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang kini sedang mencari kelab baharu dilaporkan menerima tawaran sangat lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford secara persetujuan bersama susulan temubual kontroversinya dengan Piers Morgan.

Kenyataan daripada pemain berusia 37 tahun itu menyebut: “Susulan perbualan dengan Manchester United, kami bersetuju menamatkan kontrak lebih awal.

“Saya sayang Manchester United dan penyokongnya, ia tidak pernah berubah. Namun sudah masanya saya perlu mencari cabaran baru. Saya doakan kelab terus berjaya hadapi baki saingan musim ini dan di masa depan.”

Perpisahan itu bermakna kali pertama dalam kariernya, Ronaldo menjadi ejen bebas dan pastinya mahu menarik perhatian majikan baru dalam saingan Piala Dunia di Qatar.

Laporan menyebut tawaran mega sudah pun dihantar kepada wakil Ronaldo, Jorge Mendes. Menurut CBS, kelab Arab Saudi, Al-Nassr menawarkannya kontrak tiga tahun yang membolehkan pemain veteran itu beraksi sehingga berusia awal 40-an.

Dengan Piala Dunia di Qatar, Al-Nassr berharap Ronaldo lebih bersedia beraksi di luar Eropah malah menawarkan £62 juta (RM335 juta) setahun kepada pemain itu. Ini bermakna Ronaldo dapat meraih lebih £186 juta (RM1 bilion) sepanjang tempoh kontrak.

Keputusan kini terletak di tangan Ronaldo sama ada menerima tawaran mega itu, satu-satunya tawaran kepadanya ketika ini atau menunggu lagi untuk mendapat tawaran lebih baik. Mail Online

Kelab Arab Saudi Al-Nassr Tawar CR7 Kontrak RM1 Bilion

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker