Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Penulis pasti, apabila membaca tajuk, sudah pasti kluster anti DS Najib akan menganggap ianya hanyalah sekadar teori konspirasi.

Tetapi pandanglah sesuatu perkara itu dengan mata hati kita dan bukannya dengan emosi yang penuh dengan kebencian.

Keadaan terkini politik di negara kita dilihat semakin berkecamuk dengan pelbagai isu dalaman yang berpunca dari dinasor politik Malaysia.

Tidak ada parti politik yang sebelum ini mendapat sokongan dari rakyat terlepas dari krisis yang semakin hari dilihat semakin membarah.

Dan yang terpalit dengan krisis adalah politikus yang sama ada sebelum ini dengan lantang menyanyikan fitnah ke atas DS Najib.

Atau pun politikus yang dilihat sangat seronok menunggang isu keadilan untuk DS Najib.

UMNO

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Sejak tumbang pada tahun 2018 pada PRU 14, UMNO masih lagi tercari-cari formula untuk bangkit kembali.

Walau pun cuba dinafikan, namun realitinya, kepercayaan dan keyakinan orang Melayu kepada UMNO semakin menipis.

Pernah bangkit ketika PRN Melaka dan PRN Johor, tetapi yang menjadi penyumbang utama adalah DS Najib.

Selepas DS Najib dipenjarakan, perpecahan demi perpecahan berlaku dalam UMNO.

Kesan yang paling parah adalah di dalam PRU 15 dan pilihan raya negeri ke 15 di 6 buah negeri.

UMNO hilang penguasaan di negeri Pahang dan Perak dalam PRU 15.

Manakala dalam pilihan raya 6 negeri menyaksikan kemerosotan ketara sokongan Melayu terhadap UMNO di negeri Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Persoalannya, mengapa UMNO boleh menjadi dominan dalam PRN Melaka dan PRN Johor, tetapi tewas dengan teruk di PRN 6 negeri?

PKR

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

PKR adalah parti peneraju di dalam Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang.

Selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14, PKR mendapat sokongan padu rakyat dari pelbagai kaum.

Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan secara bersendirian, tetapi tidak mampu bertahan lama.

Antara politikus yang menjadi pemain utama menumbangkan kerajaan PH 1.0 datangnya dari PKR sendiri.

PKR mula berpecah.

Dalam PRU 15, PKR sekali lagi mendapat peluang membentuk kerajaan, tetapi kali ini, Pakatan Harapan tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pakatan Harapan terpaksa berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Baru menjangkau umur setengah penggal, PKR kini sekali lagi dilanda krisis perpecahan dalaman akibat dari pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.

AJK Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selayang menggegarkan kepimpinan PKR apabila meletak jawatan beramai-ramai.

PKR yang sebelum ini mendapat sokongan padu dari anak muda, kini sudah mula ditolak oleh golongan yang sama.

Insiden mahasiswa membakar gambar karikatur Anwar Ibrahim oleh mahasiswa UMS menjadi bukti PKR kini sudah semakin tidak diyakini oleh anak muda.

DAP

 

Walau pun PKR menerajui Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang, tetapi tidak boleh dinafikan, DAP adalah parti dominan di dalam Pakatan Harapan.

PKR boleh berbangga dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi di setiap pilihanraya umum.

Tetapi kebanggaan DAP ke atas kemenangan calon mereka dalam pilihanraya umum lebih bermakna.

Kekuatan DAP terletak kepada perpaduan pemimpin utama mereka dan ini telah menyatukan penyokong mereka di dalam parti.

Tetapi kini segala-galanya sudah nampak goyah.

Semuanya bermula selepas pemilihan CEC di peringkat pusat.

Dinasti Lim yang dikatakan menguasai DAP sekian lama, dilihat sudah hilang cengkamannya terhadap DAP.

Lim Guan Eng sendiri hampir-hampir tersingkir dari barisan kepimpinan utama CEC di peringkat pusat.

Ini mengakibatkan perpecahan yang sangat serius di dalam DAP.

Perbalahan antara Lim Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilihat semakin serius dan berlarutan hingga ke persidangan DUN Pulau Pinang.

Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Phee Boon Chee, pernah melahirkan kebimbangan mengenai perpecahan ini dan meminta ahli dan pemimpin DAP supaya bersatu.

PPBM

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Sama ada diakui atau tidak, PPBM adalah parti yang paling awal mendapat kifarah dari fitnah ke atas DS Najib.

Menerajui Kerajaan PH 1.0, tetapi akhirnya tumbang dalam tempoh hanya 22 bulan selepas membentuk kerajaan.

Siapakah pemain utama yang menggerakkan Langkah Sheraton dan menumbangkan sendiri kerajaan yang dibentuk?

Kemudian menerajui pula Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi hanya mampu bertahan hanya 2 tahun 8 bulan sahaja.

Dan kini, parti komponen Perikatan Nasional seperti PAS dan Gerakan sudah mula hilang hormat serta keyakinan terhadap kepimpinan PPBM.

PPBM juga mengalami krisis perebutan kuasa dalaman yang sebenarnya lebih parah.

Pergeseran antara kem Muhyiddin, kem Hamzah dan kem Azmin dilihat semakin membarah.

PAS

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Menjelang pemilihan parti sempena Muktamar Pas ke-71, September ini, sudah timbul desakan dari pihak tertentu supaya Presiden PAS, Hadi Awang berundur.

Sudah ada percaturan, siapakah yang layak untuk menggantikan Hadi Awang sekiranya beliau berundur.

Atau pun sekiranya Hadi tidak mahu berundur, siapakah calon yang dilihat layak mencabar jawatan presiden dalam pemilihan parti nanti.

Apakah ini petanda di dalam PAS juga telah berlaku krisis kepimpinan di peringkat pusat?

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Secara ringkasnya, dinasor politik yang mewarnai politik tanah air kini lebih sibuk memikirkan kesinambungan kuasa mereka dari masalah rakyat.

Rakyat juga yang menjadi mangsa, walau pun mereka sering mendakwa setiap perjuangan politik mereka adalah demi rakyat.

Tetapi bukankah masih ada sebilangan rakyat yang masih ghairah menjadi penyambung lidah syaitan yang menabur fitnah ke atas DS Najib?

Ingatlah, kifarah dari sumpah mubahalah DS Najib tidak akan memilih kita menyokong siapa atau parti mana.

Takutlah dengan laknat Allah SWT dan kembalikan keadilan untuk DS Najib.

 

Kecamukan Politik Malaysia Akibat Sumpah Laknat Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker