Tak dan nak joli duit masjid

Tak dan nak joli duit masjid

Alor Setar: Seorang lelaki tidak sempat berbelanja dengan hasil wang tabung masjid yang dicurinya apabila ditahan polis di belakang sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan siasatan, suspek lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai mencuri wang tabung masjid di Pokok Sena itu, semalam.

Namun katanya, pergerakan suspek yang dipercayai bergerak solo itu berjaya dikesan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kota Setar, jam 1 petang hari ini.

“Anggota URB menahan suspek di lokasi dan merampas satu plastik hitam mengandungi beberapa keping wang tunai bernilai RM640 daripada suspek.

“Suspek yang mengaku terbabit dalam kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan). HM

Tak dan nak joli duit masjid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker