Perak tarik pelaburan RM7.1 bilion suku pertama

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata angka itu menunjukkan peningkatan 550% berbanding RM1.3 bilion yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Perak tarik pelaburan RM7.1 bilion suku pertama

Kerajaan negeri Perak berjaya menarik pelaburan sebanyak RM7.1 bilion bagi suku pertama tahun ini, kata Menteri Besar Saarani Mohamad.

Beliau berkata angka itu menunjukkan peningkatan 550% berbanding RM1.3 bilion yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lepas.



“Dalam tempoh setahun ini, banyak pelaburan berimpak tinggi berjaya masuk ke negeri ini, termasuk projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) bernilai RM32 bilion di Tanjung Malim serta pembinaan kilang elektronik XP Power di Seri Iskandar dengan pelaburan RM300 juta.

“Selain itu pembinaan kilang memproses mineral di Silver Valley Technology Park dengan pelaburan sejumlah RM100 juta, dan banyak lagi kejayaan-kejayaan yang telah kita capai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee sempena majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-111 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) malam tadi.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V Sivakumar serta Presiden MICCI Christina Tee Kim Chin.



Saarani berkata ia adalah satu pencapaian yang amat bermakna, diraih dalam suasana ketidaktentuan global, dan Perak tetap berjaya menarik minat pelabur untuk terus melabur di negeri ini.

“Seharusnya kita semua bersyukur kerana pencapaian yang kita peroleh ini adalah bukti bahawa pelan Perak Sejahtera 2030 yang kita lancarkan setahun lalu berada pada landasan yang betul.

“Namun semua usaha ini tidak hanya sampai di sini. Kita semua perlu sama-sama bekerja dengan lebih keras lagi untuk melengkapkan pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 sebagaimana yang telah dirancang,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata pihaknya amat berharap MICCI boleh berkerjasama lebih erat dengan agensi-agensi kerajaan untuk terus berusaha membawa lebih ramai lagi pelabur masuk ke negeri ini supaya ia dapat melimpahkan jutaan manfaat kepada rakyat.



Beliau berkata kerajaan negeri Kerajaan akan sedaya upaya membantu mempermudahkan segala urusan dalam meningkatkan pelaburan dalam negeri termasuk menyediakan infrastruktur yang sebaiknya dalam memastikan mereka dapat beroperasi dengan pantas dan mudah di negeri ini. FMT

Perak tarik pelaburan RM7.1 bilion suku pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker