Pegawai MB Selangor ditahan polis

Pegawai MB Selangor ditahan polis

Seorang pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari ditahan polis dipercayai untuk membantu siasatan berhubung ciapannya mengenai konvoi Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam di Twitter, bulan lalu.

Menerusi Twitter, Jay Jay Denis memberitahu tiga pegawai polis dari Alor Gajah menahannya hari ini dan dibawa ke Melaka susulan laporan dibuat terhadapnya.



Beliau berkata laporan polis itu dipercayai mempunyai kaitan dengan hantarannya di media sosial pada 6 Sept lepas, video dikongsinya menunjukkan konvoi Ali meninggalkan sebuah restoran di Medan Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam tulisan di Twitter, Jay Jay mendakwa beliau melihat konvoi Ali yang terdiri daripada lapan anggota polis pengiring dan tiga kenderaan telah menghalang lalu lintas di Lebuhraya Sprint sebelum melakukan pusingan u.

Dakwa Dennis, video itu diambil selepas Ali makan malam bersama keluarganya bukannya menghadiri majlis rasmi negeri.

Peguam Ambiga Sreenevasan memberitahu FMT beliau dalam perjalanan ke Melaka untuk mewakili Jay Jay.



Ketika dihubungi, ibu pejabat polis daerah Alor Gajah tidak dapat mengesahkan sama ada Jay Jay ditahan. FMT

Pegawai MB Selangor ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker