Anthony Loke juga kata parlimen bubar esok

SHAH ALAM – Persoalan sama ada Parlimen akan dibubarkan esok atau tidak terus menjadi topik hangat malam ini.Terbaharu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke turut memberi bayangan bahawa perkara itu seakan menjadi kenyataan setelah beliau selesai menyempurnakan program di beberapa negeri dalam tempoh 40 jam.“Kini saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk bersiap sedia dengan pembubaran Parlimen esok.“Saya berharap jelajah kali ini dan amanat yang disampaikan dapat menyuntik semangat perjuangan kepada ahli-ahli DAP dan penyokong,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sementara itu Sinar Harian turut difahamkan, pimpinan lima tertinggi UMNO (Top 5) kini sedang mengadakan perjumpaan dipercayai bagi membincangkan tentang pembubaran tersebut.“Atas lima (Top 5) ya? Kalau dalam jadual ada,” menurut sumber ketika ditanya sama ada benar berlaku perjumpaan lima pimpinan tertinggi parti itu.

Sementara itu memetik laporan sebuah portal berita, Parlimen kemungkinan besar akan dibubarkan tengah hari esok susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghubungi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan hasrat itu.

Selain Anthony Loke, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan esok.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘Pilihan raya’,” tulisnya ringkas di laman Facebook pada Ahad.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker