Hakim seksi digantung tugas, hadir perbicaraan pakai seluar dalam

Hakim seksi digantung tugas, hadir perbicaraan pakai seluar dalam

BOGOTA, COLOMBIA – Seorang hakim wanita di Colombia yang kerap berkongsi gambar seksinya di laman media sosial digantung tugas selama tiga bulan kerana tampil separuh bogel dan merokok semasa sesi perbicaraan secara maya, lapor akhbar New York Post semalam.

Suruhanjaya Tata Tertib Kehakiman di Norte de Santander, Selasa lalu memutuskan bahawa Hakim Vivian Polania melanggar peraturan pentadbiran.

Polania, 34, menjadi tajuk berita di Colombia minggu lalu apabila dia muncul dalam sesi perbicaraan yang berlangsung menerusi panggilan video Zoom dengan memakai seluar dalam dan menghisap rokok sambil berbaring.



Video tersebut menjadi tular sehingga mendorong jawatankuasa disiplin melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut keputusan panel setebal 16 muka surat, Polania membiarkan kamera Zoom ditutup selama hampir sejam sebelum membukanya. Ketika itu, dia dilihat sedang berbaring di atas katil dalam keadaan tidak senonoh, matanya kelihatan mengantuk dan butir percakapan tidak jelas.

Apabila diberitahu oleh seorang peguam yang turut hadir bahawa kameranya dibuka, Polania dengan segera memadamkan peranti tersebut.

Jawatankuasa tata tertib menyatakan bahawa keputusan menggantung tugas hakim berkenaan dibuat selepas dia disahkan tidak mampu melaksanakan tugas kerana tidak menghormati semua pihak yang hadir dalam perbicaraan serta gagal memenuhi kod etika pemakaian kehakiman.



Polonia menjawab pertuduhan tersebut dengan menafikan dakwaan dia berada dalam keadaan separuh bogel. Hakim itu sebaliknya berkata, dia berbaring kerana mengalami serangan panik dan tekanan darah rendah.

Tambahnya, dia terlalu kuat bekerja yang menyebabkan kesihatan mentalnya terjejas. K Online

Hakim seksi digantung tugas, hadir perbicaraan pakai seluar dalam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker