Pemandu profesional disaman RM125, Ferrari milik rakan ‘total lost’

Pemandu profesional disaman RM125, Ferrari milik rakan ‘total lost’

Seorang pelumba kereta profesional berdepan saman 1,000 baht (RM125) selepas kereta Ferrari merah milik rakan yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Bangkok, Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Nawin ‘Gaga’ Yasri, 44, dihantar ke hospital setelah bahagian belakang badannya cedera, manakala kereta mewah berharga 25 juta baht (RM3.13 juta) itu disahkan ‘total lost’ (musnah sepenuhnya).

Setelah mendapat laporan, pegawai dari Balai Polis Don Mueng bergegas ke Jalan Phahonyothin, Bangkok untuk menyelamatkan Nawin daripada kereta Ferrari F8 Tributo itu kelmarin.

Dia hilang kawalan semasa memandu dan terbabas, manakala pokok yang dilanggar menghempap kereta tersebut. Nawin kemudian dihantar ke Hospital Paolo Kaset untuk rawatan.

Kereta itu milik rakannya, Weerakard Dokchan yang juga merupakan seorang pelumba kereta dan pemilik syarikat World Pump (Thailand) Co., Ltd.

Nawin berkata, dia ingin membelok ke kanan ke arah sebuah stesen minyak tetapi kereta itu terbabas di atas jalan dan melanggar pokok.

Akhbar Siamrath melaporkan bahawa Nawin berdepan denda sehingga 1,000 baht (RM125) kerana memandu secara melulu.

Pegawai penyiasat memberitahu bahawa Nawin akan disoal sekali lagi selepas pulih daripada kecederaan untuk mengetahui sama ada dia ada melanggar undang-undang trafik yang lain.

Nawin pelumba sukan permotoran profesional bersama Puma Inforlife Team PTT. K Online

Pemandu profesional disaman RM125, Ferrari milik rakan ‘total lost’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker