Dua Lipa jadi duyung

Dua Lipa jadi duyung

Los Angeles: Penyanyi dan penulis lirik Britain, Dua Lipa dilaporkan bakal tampil dengan lagu tema serta kemunculan khas sebagai pelakon dalam filem terbaharu, Barbie.

Penyanyi lagu Levitating itu bakal melakonkan watak anak patung Barbie versi duyung di samping Margot Robbie sebagai watak utama filem terbabit.



Berdasarkan gambar yang dikongsi melalui Instagram rasmi filem Barbie, artis berusia 27 tahun berketurunan Inggeris dan Albania itu tampil menawan dengan gaya Barbie versi duyung yang memakai kostum berkilauan serba biru.

Penampilan sensasinya ditambah rantai manik, subang gelung dan memilih pembayang mata biru.

Dua memakai rambut palsu biru terang paras bahu serta beralun glamor untuk melengkapkan rupanya sebagai duyung.

Ia ternyata mendapat maklum balas positif daripada peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan filem itu.



Namun, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana lagu Barbie Girl nyanyian Aqua yang menduduki carta 1997 tidak diguna pakai dalam filem itu.

Filem arahan Greta Gerwig’s itu turut dibintangi Ryan Gosling, Kingsley Ben-Adir dan ramai lagi. Ia adalah filem pertama diadaptasi daripada karakter anak patung Mattel yang dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Julai depan. HM

Dua Lipa jadi duyung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker