Hidup susah tiada talian telefon, internet
Hidup susah tiada talian telefon, internet
PASIR MAS – Sukar untuk percaya, tetapi itulah yang berlaku kepada 1,000 penduduk Kampung Tok Rusa di sini apabila kawasan mereka langsung tidak mempunyai kemudahan rangkaian telefon dan internet sejak lebih 10 tahun lalu.
Ibarat hidup dalam gua, penduduk mendakwa masalah tersebut tidak pernah cuba diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab hingga menyebabkan ia berlarutan sepanjang tempoh itu dengan kebanyakan kawasan di situ tiada rangkaian telekomunikasi.
Sakry Fauzi, 42, berkata, tiada satu pun menara telekomunikasi dibina berhampiran kampung tersebut hingga menyukarkan penduduk untuk membuat panggilan telefon.
Katanya, penduduk sukar untuk menerima keadaan itu apabila kampung mereka seolah-olah dipinggirkan daripada pembangunan dan kemudahan asas.
“Kami hidup seperti dalam gua apabila tiada talian telefon. Jika ada telefon pintar mahal pun, kami tidak dapat menggunakannya di sini.
“Penduduk perlu keluar ke kampung sebelah iaitu Kampung Meranti terutamanya di depan balai polis yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sini untuk mendapat rangkaian telekomunikasi yang lebih stabil,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Sakry, penduduk di sini juga bimbang kerana sukar menghubungi ahli keluarga jika berlaku hal kecemasan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fauzi Dollah, 59, berkata, penduduk sanggup menyediakan tapak untuk membina menara telekomunikasi asalkan ada talian telefon.
Menurutnya, ada tanah lapang yang sesuai untuk dibina sebuah menara telekomunikasi sekali gus memudahkan penduduk.
“Kerajaan dan pihak syarikat telekomunikasi boleh berhubung dengan kami untuk menyelesaikan masalah ini.
“Penduduk di sini sudah lama menanti agar rangkaian telefon ada. Sebagai contoh, anak-anak kami ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lebih dua tahun lalu,” katanya.
Tambahnya, dia berharap masalah tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan dan syarikat telekomunikasi agar dapat diselesaikan dengan segera. K Online
Hidup susah tiada talian telefon, internet
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.