Anwar, Muhyiddin bergerak ke Istana Negara

Anwar, Muhyiddin bergerak ke Istana Negara

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sudah bergerak ke Istana Negara untuk menghadapi Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.30 petang.

Di Petaling Jaya, Anwar meninggalkan pejabatnya di Jalan Gasing, di sini sebentar tadi, beberapa minit selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengenai titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Berikutan itu, satu mesyuarat yang pada awalnya dijangka diadakan membabitkan pemimpin PH di pejabat Anwar di Jalan Gasing, difahamkan dibatalkan.

Terdahulu, beberapa pemimpin PH dilihat hadir di pejabat Anwar, termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muhyiddin pula dilihat meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara di ibu negara pad ajam 4.01 petang.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan Muhyiddin dan Anwar menghadap baginda, susulan tiada Ahli Dewan Rakyat yang didapati mendapat majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.



Ia selepas hasil pengesahan mengenai calon Perdana Menteri dipersembahkan kepada baginda.

Terdahulu, kenderaan pemimpin PN dilihat meninggalkan kediaman Muhyiddin secara berperingkat bermula jam 2.45 petang selepas mula berkumpul di rumah Ahli Parlimen Pagoh itu sejak jam 9.50 pagi tadi.

Antaranya Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. BH

Anwar, Muhyiddin bergerak ke Istana Negara




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker