Orang Alor Gajah Mahu Pemimpin Muda, Berkaliber Bawa Suara Rakyat
#PRU15
Orang Alor Gajah Mahu Pemimpin Muda, Berkaliber Bawa Suara Rakyat
Rakyat di Alor Gajah meluahkan harapan mereka untuk melihat calon Barisan Nasional (BN), Shahril Hamdan diangkat menjadi Ahli Parlimen bagi membawa suara mereka di Dewan Rakyat.
Bagi Naraina Ctey Perumal, 69 tahun, seorang pesara beliau percaya dengan kebolehan Shahril dalam menangani isu-isu rakyat di kawasan ini.
“Saya mahukan pemimpin muda untuk bersama kami di Alor Gajah. Shahril ini saya lihat berkaliber.
“Mempunyai pendidikan yang baik, sudah tentu berpengetahuan luas dan bijak dalam menangani isu dan permasalahan rakyat.
“Kita mahu orang sebegini berada di Dewan Rakyat, saya percaya orang Alor Gajah tahu untuk memilih siapa,” katanya.
Perkara sama turut diharapkan oleh Muhammad Firdaus Johari, 30 tahun, menurutnya golongan muda seperti Shahril seharusnya diberi peluang dalam membawa dasar-dasar terbaik bagi rakyat khususnya di kawasan ini.
Peniaga itu pada masa sama meluahkan kebosanan melihat penyandang kerusi ini yang kononnya membawa projek inisiatif ‘kereta terbang’.
“Sedangkan banjir di kawasan tidak ditangani sebaiknya, inikan pula hendak bawa ‘kereta terbang’.
“Saya tidak mahu pemimpin seperti ini, sebaiknya perlu yang jelas bawa agenda pembangunan di sini,” ujar beliau.
Untuk rekod calon BN, Shahril pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan empat penjuru termasuk daripada penyandang iaitu Perikatan Nasional serta parti lain Pakatan Harapan dan Pejuang. Umno Online
Orang Alor Gajah Mahu Pemimpin Muda, Berkaliber Bawa Suara Rakyat
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul kesian pada Rafizi, surat kelulusan berunding dengan lulus projek pun tak faham
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.