Tak mungkin Zahid jadi PM
Tak mungkin Zahid jadi PM
Kemungkinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menjadi perdana menteri adalah rendah, menurut seorang pemimpin kanan Umno.
Sumber itu berkata, ini disebabkan perbicaraan rasuahnya dan situasi janggal jika namanya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan menjadi perdana menteri.
Saingan BN mendakwa, jika gabungan itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Zahid berkemungkinan dilantik menjadi perdana menteri walaupun Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai calon tunggal BN bagi jawatan tertinggi negara itu.
Beberapa pemimpin kanan BN termasuk Zahid sendiri berulang kali menekankan bahawa Ismail satu-satunya calon perdana menteri bagi gabungan itu.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, kenyataan Zahid bahawa Agong yang akan memutuskan siapa menjadi perdana menteri telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau menjadi antara calonnya.
“Sejujurnya ia memberi kesan terhadap kami. Memang Zahid berjaya memimpin parti selepas PRU14, namun beliau masih mempunyai kes mahkamah dan tidaklah begitu popular di dalam dan di luar BN,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.
Zahid sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, selain dakwaan menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.
“Realitinya, pengundi bimbang dengan kemungkinan Zahid menjadi perdana menteri,” kata sumber itu.
Tambahnya, wujud kebimbangan sama ada ini mampu menjejaskan peluang BN untuk memenangi bilangan kerusi yang diharapkan pada 19 Nov ini.
“Apapun, saya rasa sukar, malah tidak mungkin Zahid dilantik sebagai perdana menteri disebabkan perbicaraan kes rasuahnya. Istana akan berada dalam kedudukan sukar sekalipun untuk mempertimbangkan namanya.”
Pada masa sama, kata sumber itu, perdana menteri juga mesti seseorang yang boleh diterima oleh sekutu BN.
“Bukan sekadar BN yang akan memutuskan siapa menjadi perdana menteri, tetapi juga Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sarawak malah mungkin juga PAS.
“Ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa; jika (dipaksa), nanti tiada kestabilan politik. Beliau mestilah seseorang yang diterima oleh semua orang,” kata sumber itu.
Tambahnya, ini kerana BN berkemungkinan tidak dapat membentuk kerajaan dengan sendirinya. FMT
Tak mungkin Zahid jadi PM
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
You must be logged in to post a comment.