Keyakinan BN memenangi PRU-15 semakin tinggi

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini berdasarkan mood baik dipamerkan pengundi terhadap gabungan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah beberapa hari jentera BN berkempen sejak Parlimen dibubarkan, tanda-tanda kemenangan ke arah gabungan politik berkenaan sudah terlihat.

“Kalau tanya adakah saya yakin boleh menang? Tentu sahaja saya jawab yakin. Saya yakin setakat hari ini daripada segi mood, di Parlimen Bera, saya sendiri berada di sini sepanjang hari.



“Saya juga sempat ke Johor serta Alor Gajah, Melaka. Saya lihat mood pengundi telah banyak berubah berbanding PRU14. Semasa PRU14, kita boleh kesan daripada awal lagi (mood berbeza), tetapi untuk kali ini keadaannya berbeza.

“Bukan setakat dalam kalangan pengundi Melayu mahupun pengundi bandar, tetapi juga pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina yang sudah menampakkan penerimaan yang jauh lebih bagus berbanding PRU-14,” katanya dalam program Ruang Bicara Khas Kestabilan dan Kemakmuran Bersama Perdana Menteri semalam.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, BN juga berkeyakinan mampu memenangi kubu kuat pembangkang termasuk di kawasan yang menyaksikan calon BN bertembung dengan calon heavyweight pembangkang.

Ujar beliau, kerusi Parlimen Sungai Buloh contohnya, kekalahan BN pada PRU-14 lalu adalah lebih daripada 20,000 majoriti.



Katanya, ketika itu, calon bukan daripada UMNO diletakkan sedangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti Melayu.

“Apabila kita berikan kepada UMNO, maka tidak ada alasan lagi bagi mereka untuk merampas kerusi tersebut kerana mereka kata kalau diberikan kepada UMNO, kita boleh memenanginya,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan BN untuk menewaskan nama-nama besar calon lawan berdasarkan kerja kuat semua jentera serta strategi parti bagi memastikan kemenangan.

Beliau berharap, semua pengundi akan membuat pertimbangan sebaiknya dan membuat perbandingan gabungan politik mana yang dilihat mampu untuk membawa Malaysia ke arah lebih cemerlang.



“Lihat sejarah parti mana yang menabur jasa kepada rakyat di negara kita, dengan itu barulah kita buat pilihan tepat sewaktu pilihan raya nanti.

“Jadi pada 19 November nanti, buat pilihan yang bijak demi untuk mewujudkan kerajaan stabil yang seterusnya akan menjamin kemakmuran negara kita,” katanya.

ISMAIL SABRI (tengah) bersama pimpinan BN Johor ketika turun padang sempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria Ros, Ayer Hitam, Johor baru-baru ini. – FOTO RAJA JAAFAR ALI

Ismail Sabri berkata, beliau bagaimanapun secara peribadi bimbang dan takut dengan isu peribadi yang lebih banyak dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding.

Namun, katanya, BN tetap kekal mengamalkan strategi kempen berhemah dan tidak memfokuskan isu-isu peribadi untuk dijadikan bahan untuk berkempen.



“Kita lebih tumpu kepada ‘produk’ dan apa yang kita boleh tawarkan untuk rakyat. Daripada segi manifesto, kita jauh lebih baik daripada manifesto parti lain sebab manifesto kita sebahagian besar adalah daripada bajet yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lepas.

“Saya selalu menyebutkan apabila kita bentang bajet sebagai manifesto kita, ia bukan janji kosong sebab sudah ‘budgetted for’.

“Semua yang kita bentangkan itu telah pun mempunyai dana yang mencukupi untuk dilaksanakan, cuma menunggu kepada kelulusan bajet sahaja.

“Manifesto kita bukan semata-mata yang menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kita juga berpijak kepada janji nyata kerana semua yang telah dirancang mempunyai kewangan. Strategi kita lebih kepada memberikan tawaran kepada rakyat, menjual produk kita, tetapi tidaklah memburukkan produk orang lain,” jelasnya.



Ismail Sabri menyantuni masyarakat pelbagai kaum ketika hadir pada program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan di Bera baru-baru ini.

Justeru, beliau cukup yakin rakyat boleh menerima cara BN berkempen berbanding pihak lawan yang mengamalkan cara serangan peribadi.

Mengulas mengenai pencalonannya sebagai Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU15 kali ini, Ismail Sabri mahu semua pihak termasuk rakyat mengambil contoh apa yang telah beliau laksanakan sebelum ini.

Jelas beliau, gambaran pentadbiran yang akan dilakukannya selepas PRU telahpun dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan lagi.

“Saya mengambil kerajaan ini pada waktu yang sangat sukar. Kes Covid-19 sebanyak 24,000 sehari dengan ratusan kematian setiap hari. Katil di unit rawatan rapi (ICU) hampir tidak mencukupi, ekonomi dalam keadaan yang amat teruk kerana sektor ekonomi telah ditutup hampir sepenuhnya.



“Perebutan kuasa di dalam politik daripada segi kestabilan politik tidak ada sebab dua Perdana Menteri telah bertukar. Namun, cuba lihat dalam setahun empat bulan ini, apa pencapaian yang telah saya lakukan,” jelasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker