Tetak buaya, Polis buru dua remaja
Polis melancarkan siasatan ke atas sebuah video tular yang memaparkan insiden seorang remaja menyerang dan membunuh seekor buaya menggunakan sebilah parang di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar Daily Star semalam.
Berdasarkan video tersebut, remaja memakai seluar pendek dan hoodie berwarna biru itu menetak kepala buaya berkenaan.
Dalam masa sama, perakam video tersebut didengari ketawa sepanjang insiden itu
Buaya tersebut dilihat dalam keadaan berdarah selepas tetakan pertama di mana ia sebelum itu tersekat pada tali pancing.
Reptilia itu kemudian mati selepas ditetak kali kedua dan polis kini memburu dua remaja terbabit.
Seorang pengendali reptilia di daerah Lee, Alex Link, menggelar serangan itu sebagai ‘kekejaman tanpa sebab’.
“Kekejaman itu dilakukan tanpa sebab, di mana buaya itu secara tidak sengaja tersekat ketika mereka memancing.
“Terdapat cara betul untuk melepaskan haiwan itu daripada tali pancing, justeru, penyeksaan tersebut dilakukan tanpa sebab,” katanya.
Tambah Link, cara remaja tersebut menyeksa buaya itu menggunakan parang merupakan satu tindakan jenayah.
“Anda berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun serta beberapa denda serius.
“Ia diklasifikasikan sebagai pemburuan haram kerana mereka membunuh buaya itu,” ujarnya.
Siasatan masih berjalan dan identiti kedua-dua remaja itu masih belum dapat dikenal pasti. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)