Impian Shashic hadiahkan ibu bapa sebuah kereta tercapai

Impian Shashic hadiahkan ibu bapa sebuah kereta tercapai

Pelawak, Shashic Iewan berkongsi rasa syukur kerana dapat menghadiahkan sebuah kereta buat ibu bapanya.

Enggan mendedahkan jenama kereta barunya, Shashic, 30, yang juga anak tunggal dalam keluarga teruja kerana ini adalah kereta pertama yang dimiliki keluarganya.

“Saya dah lama menyimpan impian untuk belikan kereta untuk ibu dan ayah. Sejak selepas zaman sekolah lagi. Sekarang, barulah dapat direalisasikan.

“Dari kecil, memang kami sekeluarga tak ada kereta. Kenderaan yang ada cuma motosikal yang ibu dan ayah gunakan untuk berniaga.

“Selain motosikal, kami sekeluarga memang gunakan pengangkutan awam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, timbul rasa sedih apabila melihat kedua-dua ibu bapanya bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkannya, berbekalkan motosikal yang mereka ada.

“Bila tengok mereka beli barang berniaga seperti membawa guni gula pun dengan menaiki motosikal, rasa macam kasihan dan bahaya juga.

“Itulah yang menguatkan saya untuk bekerja keras dan belikan sebuah kereta untuk mereka.

“Sebagai anak tunggal, siapa lagi yang boleh mereka harapkan kalau bukan saya,” katanya.

Shashic juga berkongsi rasa syukur apabila kerjayanya sebagai pelawak kini mula membuahkan hasil sekali gus menjadi punca rezekinya untuknya sekeluarga.

“Saya rasa bersyukur sangat kerana minat saya dalam lawak, kini dapat menjadi sumber pendapatan dan berikan sesuatu buat keluarga saya.

“Ibu dan ayah pun dah masuk usia 60-an. Jadi, saya rasa, saya nak bahagiakan kedua-dua mereka,” katanya. HM

Impian Shashic hadiahkan ibu bapa sebuah kereta tercapai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker