Ajal akibat nahas seminggu selepas selesai kemoterapi kanser

Ajal akibat nahas seminggu selepas selesai kemoterapi kanser

TANJONG KARANG: “Jaga diri elok-elok, hati-hati memandu dan jaga keluarga baik-baik”.

Itu pesanan terakhir Mustafa Ishak, 68, kepada anak lelakinya sebelum dia ditemui lemas dalam parit selepas terbabit kemalangan di Jalan Jepun, Kampung Melaka, di sini, hari ini.



Difahamkan, Mustafa yang menghidap penyakit jantung dan kanser kolorektal dilaporkan hilang sejak semalam apabila tidak pulang ke rumah.

Mohammad Zul Adni, 23, berkata bapanya disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2013, manakala kanser kolorektal pula dikesan selepas menjalani pemeriksaan pada pertengahan tahun ini.

“Ayah menjalani pembedahan untuk kanser kolorektal pada Ogos lalu. Pada 4 November, dia berjaya melengkapkan sesi kemoterapi dua kali di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Kuala Selangor.

“Pagi sebelum kejadian, saya bersiap untuk ke tempat kerja dan jumpa ayah untuk bersalam. Seperti biasa saya salam, peluk dan cium pipinya, namun semalam pelukannya erat sambil menitipkan beberapa pesanan.



“Ketika itu, saya rasa pelik cuma tak sangka itulah kali terakhir saya bertemu dengannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menceritakan semula kejadian pilu menimpa Mustafa, Zul Adni berkata, bapanya hendak membaiki lori dan membawa kenderaan itu ke rumah kawan di Jalan Jepun untuk membuat kerja kimpalan.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, mangsa menyedari ada barang tidak cukup iaitu skru pada lori dan mahu keluar membeli barang itu, tetapi tiada kenderaan sebelum ada rakan meminjamkan motosikal kepadanya.

“Ayah balik rumah dan sempat bersembang dengan mak dengan mengatakan ‘singgah kejap, kejap lagi nak keluar balik’. Mak tak syak apa-apa dan dalam jam 12 tengah hari, ayah keluar semula, mungkin hendak ke kedai perkakasan di pekan Tanjong Karang,” katanya.



Menurut Zul Adni, kehilangan Mustafa disedari selepas isteri kepada kawan bapanya datang ke rumah dan memaklumkan mangsa tidak pulang semula ke tempat kimpalan.

Katanya, dia sekeluarga memulakan pencarian mulai jam 6 petang semalam di beberapa tempat, iaitu Hospital Tanjong Karang, pekan Tanjong Karang, Sungai Kajang dan Jalan Bagan Tengkorak.

“Pada masa sama abang ipar terdetik untuk pulang ke rumahnya yang kebetulan di Jalan Jepun. Dalam perjalanan, dia rasa tak sedap hati ketika melalui satu kawasan lalu pusing balik dan nampak mayat terapung.

“Dia kemudian ambil saya dan kakak lalu bawa kami ke tempat kejadian,” katanya memaklumkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka selepas solat Zuhur.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata ahli keluarga menemui mayat mangsa dan sebuah motosikal pada jam 2.30 pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. BH

Ajal akibat nahas seminggu selepas selesai kemoterapi kanser


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker