Shafiq Fhadly akan pastikan ‘Pengkhianat UMNO’ menyesal bertanding di Larut

LARUT: Berdepan “guru politik” Hamzah Zainudin tidak sedikit pun melemahkan semangat calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Larut, Shafiq Fhadly Mahmud, 37, turun ke gelanggang sebagai “underdog” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan menumpukan kepada isu pendidikan setempat.

Malah, berbekalkan semangat dan kekuatan jentera BN, ketua penerangan Pemuda Umno Larut itu bertekad mengembalikan maruah penduduk Larut yang tercalar selepas Hamzah, yang juga bekas Ahli Parlimen Larut selama tiga penggal, melompat ke Bersatu setelah kerajaan BN tumbang pada 2018.

“Saya kesal dengan beliau (Hamzah) kerana meninggalkan kami pada 2018 ketika kita tewas (di pusat), padahal inilah jenteranya … mereka ini yang bekerja keras untuk memenangkan beliau atas tiket BN, tetapi beliau tinggalkan kami begitu saja.

“Tetapi tidak mengapa, sepanjang empat tahun itu dan dengan serba kekurangan, jentera BN terus bekerja keras. Sokongan yang diterima tidak pernah kurang sedikit pun, malah bertambah hebat kerana mereka mahu kembalikan maruah kita yang tercalar pada PRU 2018,” katanya kepada FMT

BN sebelum ini mempertaruhkan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias untuk berdepan Hamzah di Parlimen Larut. Namun, Kazim menarik diri pada saat akhir dan digantikan dengan Shafiq, pemimpin muda yang menggalas tugas untuk meneruskan pembangunan yang tertangguh di Larut.

Bidang pendidikan tumpuan utama

Dilahirkan di Batu Kurau dan membesar di Larut, jurutera petroleum ini menjadi taruhan terbaik BN untuk menawan hati pengundi berusia 18 tahun hingga 40 tahun.

Berpengalaman lebih 10 tahun termasuk merantau ke beberapa negara, termasuk di Abu Dhabi, memberi semangat dan ilham kepada Shafiq untuk pulang menabur bakti.

Bagaimanapun, katanya, pembangunan dan limpahan ekonomi hanya akan bermula dari sektor pendidikan, yang mengubah nasib beliau.

“Sebagai calon anak muda sudah pasti komitmen saya untuk bantu anak tempatan khususnya di Larut, anak-anak muda yang hari ini agak ‘struggle’ (bergelut) dalam bidang pendidikan, bidang kemahiran dan bidang pekerjaan.

“Ini perlu diberi fokus kerana pendidikan sajalah yang mampu ubah nasib anak bangsa kita. Saya mahu pastikan pendidikan diberikan fokus sangat besar di daerah Larut ini kerana dengan pendidikan juga yang mengubah saya sehingga menjadi seperti hari ini,” katanya.

Pembangunan tergendala

Shafiq berkata, susulan banyak program pembangunan di Larut kurang diberi perhatian wakil rakyat, ramai anak muda terpaksa bekerja di luar kawasan, antaranya berulang ke Kulim, Kedah.

“Kenapa tidak anak-anak muda kita bekerja di Selama kalau ada peluang (pekerjaan) itu? Janji saya, kita akan bantu buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda Selama,” katanya.

Dengan tagline #hebatkanLarutkita, Shafiq berikrar akan merealisasikan pembangunan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, institusi pengajian tinggi pertama di Larut, yang telah tergendala sejak sekian lama.

“Di Selama ini dah dijanjikan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, dah lama dah pecah tanah, tapi tiada usaha nak selesaikannya,” katanya yang bersedia meneruskan tanggungjawab itu jika dipilih pada 19 Nov nanti.

Beliau mengakui bahawa gelombang yang menyokong BN di Larut semakin bertambah khususnya dalam kalangan anak muda yang mahukan perubahan lebih besar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker