Mas Ermieyati Dijangka Kalah Lebih 8,000 undi Di Masjid Tanah

Oleh Nurul Aisyah

PILIHAN Raya Umum ke 15 (PRU15) bakal memberi tamparan hebat kepada Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau dijangka kalah lebih 8,000 undi.

Berdasarkan keputusan PRN Melaka yang lalu, 5 DUN dalam Parlimen Masjid Tanah memberikan sokongan lebih 8,000 undi kepada Barisan Nasional (BN). Malah dengan penambahan pengundi baru-baru ini, pengundi BN juga akan bertambah. Oleh itu, Mas Ermieyati berkemungkinan besar akan kalah lebih 8,000 undi.

Lima DUN dalam Parlimen Masjid Tanah adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau,Lendu dan Taboh Naning.

Pada PRU14, Mas Ermieyati memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN. Namun beliau melompat parti dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM). Kini Mas Ermieyati bersama jentera Perikatan Nasional (PN) pula menghadapi calon BN iaitu Abdul Hakim Abdul Wahid.

Penolakan terhadap Mas Ermieyati dilihat semakin ketara sejak kebelakangan ini. Perkara tersebut didedahkan oleh beliau sendiri. Mas Ermieyati dihalang menyertai program bersama kariah di sebuah surau.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) surau tersebut tidak dapat menerima kehadiran beliau atas sebab-sebab tertentu. Mas Ermieyati tidak dapat bergotong-royong bersama jemaah seperti yang dijadualkan.

Mas Ermieyati berdepan saingan empat penjuru di kerusi Parlimen itu pada PRU15 yang turut ditandingi Abdul Hakim Abdul Wahid daripada BN, Mutalib Uthman (PH-MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker