Shahidan ‘ludah ke langit jatuh masuk tekak sendiri’

Menteri Besar Perlis Azlan Man menyifatkan penyandang ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim kini termakan dan terperangkap dengan dengan kata-katanya sendiri selepas tidak dicalonkan oleh BN.

“Apa yang dia cakap sekarang makan diri dia, dia terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Dia cakap dulu siapa yang tak dipilih menjadi calon kena reda.

“Itu adalah takdir Allah, sekarang ini dia nak melawan takdir? saya rasa dia sendiri melawan arus kata-katanya sendiri. Jadi kita nilai sendirilah.



“Dia nak berjuang kerana Umno, rakyat atau diri sendiri. Saya lebih melihat dia hanya mementingkan diri sendiri sahaja,” katanya pada sidang media selepas program sarapan pagi bersama MB Perlis di Kangar, hari ini.

Azlan berkata demikian kita ditanya berhubung tindakan Shahidan yang melompat mewakili PN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau selepas tidak dicalonkan BN.

Sebelum ini tular di media sosial satu petikan berita yang melaporkan kenyataan Shahidan yang menasihati orang Umno supaya reda jika tidak terpilih sebagai calon.

Kenyataan itu dilaporkan sebelum PRU ke-14 lalu sekali gus memperlihatkan kenyataan menteri Wilayah Persekutuan itu bertentangan dengan nasihatnya sebelum ini.



Semalam Malaysiakini juga melaporkan Shahidan nekad memastikan Azlan gagal untuk mempertahankan kerusi DUN Bintong pada pilihan raya umum kali ini.

Sementara itu Azlan berkata kini terbukti Shahidan seorang yang pentingkan diri sendiri sebaliknya bukan mengutamakan parti yang menyokongnya sepanjang menjadi wakil rakyat selama lapan penggal.

Katanya Shahidan boleh berkata apa sahaja dan sesuatu yang normal seseorang calon mahu kalahkan calon parti lawan.

“Kalau dia kata sasarkan supaya DUN Bintong ini jatuh kerana alasan-alasan apa? Adakah kerana alasan dia tidak terpilih sebagai calon BN? Jadi tak akan itu saja.



“Sudah tentu orang-orang di bawah ini matang boleh berfikir apa sebabnya dia nak target Bintong. Kerana saya yang menjadi calon wakil rakyat di Bintong ini?

“Dan dia menggelarkan saya sebagai ‘warlord’, saya tak pernah tahun pun orang tahu saya sebagai warlord, tapi warlod itu adalah dia (Shahidan) sendiri. Siapa tak tahu bukan sahaja di Perlis tetapi seluruh Malaysia. Sekarang kita boleh lihat wajah sebenar Shahidan Kassim,” tegasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker