Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang

Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang

Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang

Tidak ingin mengeruhkan keadaan atas keterlanjuran insiden berlaku melibatkan namanya dengan sebuah stesen televisyen, penyanyi Datuk Hattan memilih untuk terus berdiam diri.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, rentetan apa yang berlaku, beliau kian mengenali siapa kawan, siapa lawan dalam industri.

“Saya tak nak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah. Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.



“Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa.

“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus




Ditanya tentang kesihatan mentalnya atas kontroversi yang terjadi, jawab pelantun lagu Biso Bonar itu: “Saya okey sahaja. Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu.

“Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai.”

Terdahulu, nama Hattan, 59, memanas sekali gus menjadi polemik selepas insiden menempelak atau menyekolahkan seorang penyampai berita Astro Awani yang didakwanya tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Disebabkan insiden terbabit, Hattan menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang menyifatkan dirinya tidak beradab.



Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu menerima ugutan bunuh dan santau daripada individu tidak bertanggungjawab menerusi mesej diterima isterinya, Arianie Abidin dalam Instagram. K Online

Janji dapat makan sedap – Janna Nick


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker