Ahli bina badan dikecam ‘bertarung’ dengan liger

Ford menarik seutas tali dari luar kandang dengan satu lagi bahagian tali itu digigit seekor liger yang dikurung di dalam kandang. – Instagram

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang ahli bina badan Britain diselar pertubuhan hak haiwan selepas dia merakam aksi ‘bertarung’ dengan seekor haiwan kacukan harimau dan singa atau dikenali  sebagai liger di Dubai, lapor akhbar The Sun semalam.

Martyn Ford, 40,  yang mendapat julukan ‘Lelaki Paling Menakutkan di Dunia’  berkongsi video tersebut bersama lebih empat juta pengikutnya di laman Instagram semalam.

Dalam kilp video tersebut, Ford menarik seutas tali dari luar kandang dengan satu lagi bahagian tali itu digigit seekor liger di dalam kandang.

Ford dilihat berada dalam keadaan berpeluh ketika bertarung dengan haiwan tersebut sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang ketawa melihat aksinya.



“Ini  merupakan cara yang amat mencabar untuk kembali berlatih. Saya akan berpindah ke Dubai tidak lama lagi untuk memulakan kem latihan bersama rakan-rakan.

“Bolehkah sesiapa meneka berat liger ini? Haiwan yang amat perkasa daripada semua haiwan,” demikian menurut keterangan rakaman video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima lebih 70,000 tanda suka, namun mencetuskan pelbagai reaksi  pengguna media sosial.

“Biarkan haiwan itu terlepas dan anda akan tahu betapa kuatnya ia,” kata seorang netizen.



Sementara itu, aksi Ford itu diselar oleh beberapa pertubuhan hak haiwan.

“Kami terkejut melihat Martyn Ford berkongsi rakaman ini bersama empat juta pengikutnya yang menyokong tingkah laku tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.

“Haiwan berkenaan jelas tidak gembira, tidak selesa dan tertekan, namun Ford berterusan menarik tali itu dan tidak mengendahkan semua isyarat tersebut.

“Kami menggesa Ford menunjukkan kekuatan sebenar dan memperjuangkan hak-hak haiwan dengan memadam video tersebut serta berikrar kepada #TravelKind dengan menyokong pengalaman perjalanan mesra haiwan yang tidak mengeksploitasi makhluk hidup,” kata Ketua Kempen FOUR PAWS UK, Emily Wilson. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker