Kemunculan Nizar Najib Bersama Abang Bomba di Pekan Ubat Kerinduan Pada Bossku

Oleh Nurul Aisyah

KEMUNCULAN calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Najib di Balai Bomba Pekan, Jarola mengubat kerinduan penduduk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan mudah untuk mereka menerima kenyataan insan yang banyak berjasa kepada negara berada dibalik tirai besi semata-mata dendam politik setelah dinafikan perbicaraan yang adil.



Tergambar kesedihan mereka ketika memeluk anak sulung Datuk Seri Najib.

Pagi ini Nizar bersarapan bersama dengan perwira negara di Balai Bomba Pekan, Jarola. Beliau beramah mesra bersama jentera BN di PDM Geylang. Kemudian Nizar meneruskan acara “walkabout” di Pasar Tani Pekan.

Peniaga dan pengunjung yang begitu ramai sangat teruja menerima kehadiran Nizar Najib. Mereka mengambil peluang memberikan maklum balas yang boleh membantu beliau dalam membangunkan lagi ekonomi Pekan, khususnya Peramu Jaya.



Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak memaklumkan pencalonan beliau dalam PRU15 di Dun Peramu tersebut. Najib amat gembira apabila anak sulung beliau dicalonkan sebagai wakil rakyat di DUN tersebut sambil mendoakan kejayaan besar berpihak kepada Nizar.

Sekiranya Nizar dipilih sebagai wakil rakyat, beliau berjanji akan berusaha membangunkan kawasan Peramu Jaya sambil mengikut corak kepimpinan digunakan Datuk Seri Najib.



Beliau juga akan fokus kepada usaha membangunkan anak muda dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran golongan itu selain membantu menarik pelaburan baharu ke kawasan Pekan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker